suria

Prank suami buat reviu produk, rupanya Emma Maembong selit kit ujian hamil… Bakal timang anak kedua

Emma buat kejutan kepada suami maklumkan kehamilan.

PELAKON Emma Maembong berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Emma memberi kejutan kepada suami dan orang terdekat dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.

"Syukur Alhamdulillah," tulisnya pada ruangan kapsyen yang dimuat naik pada Rabu.

emma 2

Emma dan suami bersama anak pertama mereka.

Dalam video tersebut, Emma secara bergurau sengaja mengajak suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar untuk rakaman reviu sebuah produk.

Ia bagaimanapun hanyalah satu kejutan dan Shazli sendiri dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.

"Betul ke? Sumpah?" respon Shazli seakan tidak percaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak merajuk baring atas lantai pusat beli-belah sampai kena seret, Emma Maembong akhirnya mengalah - “Mesti banyak ibu-ibu lalui benda ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong kunci mulut dakwaan sedang hamil anak kedua, memang mahu keluarga besar

Dalam rakaman itu juga Emma menunjukkan reaksi terkejut ibu, adik-beradik serta rakan terdekat apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Emma mengenai kehamilannya itu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain