suria

“Jangan cakap fasal keluarga” - Elisya Sandha tertekan difitnah bermasam muka dengan ibu mentua

Elisya menafikan wujud perselisihan antara dia dan Sheila.

PELAKON Elisya Sandha akui tertekan apabila ada segelintir pihak cuba menabur fitnah kononnya dia bermasam muka dengan ibu mentuanya iaitu penerbit dan pelakon Sheila Rusly.

Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 24, berkata, dia pelik keputusannya untuk hidup berdikari dengan berpindah ke rumah sendiri selepas berkahwin di salah erti sesetengah pihak.

“Bila duduk rumah mentua ada yang tanya bila nak pindah, kemudian bila dah ada rumah sendiri orang kata saya dan mentua gaduh pula. Ada sahaja tidak kena.

“Saya beritahu suami saya tertekan sebab ada sahaja orang bercakap tapi dia kata tak perlu ambil kisah dan fokus sahaja tentang kehidupan harian.

elisya 3

Elisya akui hubungan dengan mentua sentiasa baik.

“Apabila sudah berkahwin mestilah ada rasa nak duduk rumah sendiri dan berdikari. Jadi tidak timbul isu saya bergaduh dengan mentua,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini ada pihak yang mendakwa hubungan Elisya dan mentua tidak lagi rapat seperti dahulu selepas dia mula tinggal di rumah baharu bersama suami dan anaknya sejak dua minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur tak banyak ragam! Elisya Sandha tiada masalah tunjuk wajah anak, percaya doa baik peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Untung Elisya Sandha dapat ibu mentua pandai memasak... Sheila Rusly terus terang jika masakan menantu tak sedap!

Tambah adik kepada pelakon Fasha Sandha ini, dia juga terkilan apabila kedua mentuanya turut bersedih apabila menerima kata-kata fitnah sebegitu.

“Kalau ikutkan saya mahu biarkan sahaja apa orang nak cakap sebab kalau dilayan akan menjadi-jadi. Tapi apabila emosi ibu bapa mentua turut terkesan saya terpaksa bersuara di laman sosial.

“Anda boleh berkata apa sahaja tentang saya tetapi jangan cakap fasal keluarga. Selepas berkahwin mestilah keluarga mentua juga amat penting dalam hidup saya.

Apabila emosi ibu bapa mentua turut terkesan saya terpaksa bersuara di laman sosial.

ELISYA SANDHA

PELAKON

“Tuduhan bergaduh dengan mentua itu sangat berat sebab ia melibatkan keluarga. Saya tidak melihat dakwaan tersebut sebagai satu kontroversi yang harus diperkatakan kerana ia adalah fitnah,” tegasnya.

Bercakap soal kerjaya, Elisya berkata, ketika ini dia sangat memilih tawaran diberikan kerana mahu memberi fokus membantu suami, Uzair Haqimy menguruskan syarikat produksi milik mentuanya, JS Pictures.

Kata Elisya, dia hanya akan menerima sesuatu tawaran sekiranya watak diberikan menarik dan tidak menganggu tugasan di syarikat.

elisya 2

Elisya kini lebih fokus membantu suami menguruskan produksi.

“Kalau ada tawaran watak yang menarik barulah saya akan terima sebab sekarang ini saya lebih fokus membantu suami menguruskan produksi.

“Suami adalah adalah sulung dalam keluarga dan dia akan ambil alih produksi, jadi sebagai isteri saya haruslah membantu,” jelasnya.

Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada21 Ogos 2021 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Bunga Elhaq, sembilan bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain