suria

Pendakwah minta Ellie Suriaty baca petikan Yasin untuk cepat jodoh

Asmawi kongsi amalan bertemu jodoh pasangan terbaik.

SELEPAS bercerai dengan Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty tidak menolak sekiranya dia kembali bertemu jodoh dengan lelaki sesuai kelak.

Ellie, 53, turut memohon doa agar dia dapat bertemu dengan seorang lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidupnya.

"Belum lagi (berkahwin). Insya Allah doakan," katanya ringkas.

ellie 1

Ellie tidak menolak untuk kembali bertemu jodoh.

Ellie berkongsi mengenai perkara tersebut apabila ditanya tentang jodoh dalam sebuah video yang dimuat naik oleh personaliti dakwah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar di laman TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut Asmawi yang bertemu dengan Ellie pada majlis perkahwinan anak kepada pengarah dan pelakon Along Kamaluddin sempat berkongsi petikan doa yang boleh dijadikan amalan untuk segera bertemu jodoh.

Kata Asmawi, potongan ayat daripada surah Yasin, ayat ke-36 adalah salah satu doa cara untuk mendapat jodoh insan yang baik, dengan izin Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty, Azri Iskandar sah bercerai... Tiada lagi keserasian selepas 19 tahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ellie Suryati bimbang Azri Iskandar kena ‘love scam’, cabar Dr Azra munculkan diri jika benar wujud

Maksud ayat ke-36 itu: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

Jelas Asmawi, ayat tersebut boleh diamalkan setiap hari dengan membacanya sebanyak 33 kali.

Dalam pada itu, Asmawi turut memohon doa agar jodoh dia dan isteri, dramatis Datin Farisha Irwayu akan terus kekal bahagia.

ellie 2

Ellie dan Azri bercerai selepas 19 tahun berkahwin.

“Terima kasih kongsikan doa itu,” jawab Ellie dalam video berkenaan.

Ellie berkahwin dengan Azri, 55, pada 2003 namun mereka bercerai Mei 2022 selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Azrell, Nur Azreen dan Nur Aliah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain