suria

Ramai penerbit mahu ambil berlakon tapi stesen TV tolak, Razman Mahayuddin hilang sabar - “Alasan sebab saya tiada pengikut di IG”

Razman kesal tidak diberi peluang kerana jumlah pengikut di IG.

PELAKON Razman Mahayuddin mendedahkan dirinya sudah hilang sabar apabila berkali-kali ditolak oleh stesen televisyen (TV) kerana tidak mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram.

Razman atau Masrazman Md Mahayuddin, 28, berkata, dia ditolak oleh stesen TV yang sama lebih daripada 10 kali tanpa diberi peluang untuk menunjukkan bakat lakonannya.

Kata Razman, ramai penerbit yang mahukan dia berlakon dalam drama terbitan mereka tetapi terpaksa akur apabila stesen TV menolak namanya dan lebih memilih untuk memberikan tawaran kepada pempengaruh media sosial.

man2 - 1

Razman mendedahkan sudah berulang kali ditolak stesen TV.

"Kalau ikutkan ramai penerbit yang beri saya tawaran untuk berlakon tetapi apabila mereka nak 'push' nama di stesen TV, mesti kena reject. Lebih sepuluh kali jugalah saya ditolak oleh stesen TV yang sama.

"Alasan mereka kerana saya tidak mempunyai pengikut yang ramai di IG dan mereka mahu mencari pempengaruh untuk berlakon dalam drama dengan alasan ada sponsor masuk untuk naikkan rating," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaza Bae enggan terikat, mahu bebas urus karier seni... Teringin berlakon di semua stesen TV

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi tegur pelakon main cinta di lokasi, Seniman tiada kuasa minta stesen TV gam artis bermasalah

Dalam pada itu, Razman menjelaskan dia tidak menyalahkan mana-mana pempengaruh media sosial, sebaliknya memohon agar stesen TV mempertimbangkan untuk mengambil barisan pelakon secara seimbang.

Biarpun ada di antara pempengaruh yang demand dan tidak pandai berlakon, Razman berharap agar mereka ini diberi tawaran untuk watak-watak sampingan yang lain.

"Saya tidak salahkan mereka kerana saya tahu ada diantara mereka yang memang berbakat. Tetapi, apa salahnya beri juga peluang kepada pelakon lain yang memang boleh berlakon.

Kalau ikutkan ramai penerbit yang beri saya tawaran untuk berlakon tetapi apabila mereka nak 'push' nama di stesen TV, mesti kena reject.

RAZMAN MAHAYUDDIN

PELAKON

"Pihak penerbit sendiri beritahu saya ada pempengaruh yang meminta bayaran tinggi seperti harga mereka buat review produk.

"Jadi, saya harap stesen TV dapat membuka mata dan beri peluang untuk kami yang sememangnya seorang pelakon," ujarnya.

Sementara itu, Razman turut meluahkan rasa kesal apabila bakat lakonannya tidak mendapat perhatian stesen televisyen sedangkan dia sudah habis berusaha untuk belajar berlakon.

Kata Razman, dia juga sedih apabila melihat rakan-rakannya yang turut tidak bernasib baik dalam industri lakonan dan terpaksa bertukar kerjaya menjadi peniaga atau penghantar makanan.

man1 - 1

Razman mohon diberi peluang sama adil oleh stesen TV.

"Saya sampai sekarang masih lagi masuk kelas lakonan. Tak cukup dari zaman belajar dulu, sehingga kini saya masih berhabis duit untuk belajar berlakon.

"Saya bersuara kerana ramai lagi kawan-kawan saya lepasan universiti jurusan teater yang akhirnya saya lihat mereka jadi rider atau menjual makanan. Sebab apa? Kerana mereka kata tak ada tempat dalam industri ini," katanya.

Untuk rekod, Razman pernah membintangi beberapa drama popular termasuk 7 Hari Mencintaiku 3, Akira Khan, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Marry Me Senorita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain