suria

Rezeki Amir Raja Lawak beli kereta Alza hasil jual air jagung… “Saya sudah biasa hidup sederhana, tak fikir gaya mewah”

Amir beli kereta baharu untuk mudahkan urusan perniagaan selain kegunaan keluarga.

KEJAYAAN Amir Raja Lawak membeli sebuah kereta baharu hasil perniagaan menjual air di tepi jalan menjadi inspirasi buat peminat dan orang ramai.

Meskipun dibanjiri komen pujian, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 34, tetap merendah diri dan menganggap apa yang dimilikinya itu adalah hasil usaha keras selepas lebih lima tahun berkecimpung dalam perniagaan.

"Sejujurnya saya malu kalau orang kata apa yang saya miliki itu menjadi inspirasi buat mereka. Saya ini biasa-biasa sahaja... tidak pernah letak diri ini untuk jadi inspirasi kepada orang.

amir 22

Usaha Amir selama lebih lima tahun berniaga membuahkan hasil.

"Apa yang saya muat naik di media sosial sekadar perkongsian sahaja. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan ini.

"Saya sudah berniaga air ini sejak tahun 2017... saya kekal maintain perniagaan ini supaya orang tahu apa yang kita jual. Kalau stop berniaga dan tukar kepada produk lain nanti orang susah nak follow apa yang kita usahakan," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Amir berkongsi gambar kereta jenis Perodua Alza yang baharu sahaja dibeli menerusi Instagram pada Khamis

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak ‘masyuk’ buat duit berniaga air jagung, tak menang tangan - “Tahun ni siap pasang ejen, runner”

ARTIKEL BERKAITAN: Puas pujuk akhirnya ibu setuju pindah Semenanjung, Wawa Zainal bagi sebuah rumah... “Kediaman itu tidaklah mahal”

Kata Amir, kereta yang dianggarkan bernilai hampir RM80,000 itu berjaya dimiliki selepas tujuh bulan membuat tempahan.

Dalam gambar tersebut, Amir juga secara berjenaka menutup dua angka nombor pendaftaran kereta seolah-olah dia berjaya membida dengan harga puluhan ribu ringgit.

"Kalau ikut nombor yang saya muat naik iaitu AME12, memang harganya puluhan ribu ringgit... tapi ia sudah pun dimiliki orang lain.

Saya tidak pernah fikir nak ikut gaya hidup mewah

AMIR

PELAWAK/PELAKON

"Saya belum mampu lagi nak beli dengan harga sebegitu. Untuk kereta baharu ini saya pakai nombor plat empat angka dan harganya tidaklah mahal seperti yang disangka," jelasnya.

Meluahkan rasa syukur dan menganggap ini adalah permulaan baik bagi tahun 2023, Amir memberitahu dia memilih kenderaan jenis multi purpose vehicle (MPV) tersebut bagi kegunaan keluarga dan berniaga.

Dia juga mengakui lebih selesa hidup sederhana tanpa perlu barangan mewah meskipun usaha dalam perniagaan semakin berkembang maju.

amir 3

Amir harap tahun 2023 akan menjadi lebih baik buatnya.

"Saya ini bukanlah jutawan dan dah biasa hidup sederhana dari dulu. Sebab itu saya masih bertahan tinggal di Kuala Lumpur. Saya tidak pernah fikir nak ikut gaya hidup mewah.

"Dalam perniagaan pun saya selesa begini dan hanya ada beberapa orang ejen sahaja. Lebih senang nak uruskan jika saya terlibat dengan jadual penggambaran," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain