suria

Kemunculan bersama Diva AA jadi tumpuan, Meer Nash buat ‘crosswalk’ demi promosi Kajima 

Idea persembahan 'crosswalk' tersebut tular kerana ia merupakan kali pertama dilakukan di KLCC.

PENYANYI Meer Nash membuat kejutan apabila membuat persembahan secara ‘crosswalk’ lampu isyarat berhadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama pengacara sensasi, Azwan Ali.

Meer Nash atau Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul, 27, berkata idea itu direalisasikan untuk memberi kelainan dari segi mempromosikan lagunya, Kajima sekali gus membuktikan industri hiburan di negara ini berpengaruh.

Selain itu, Meer Nash berkata persembahan tersebut tular ekoran kemunculan Azwan atau Diva AA kerana ia belum pernah dibuat oleh mana-mana penyanyi tempatan sebelum ini.

“Persembahan ini tak lama pun, sebab kita hanya nyanyi bahagian korus yang catchy. Biar ia mudah menangkap hati pendengar,” ujarnya.

Idea persembahan 'crosswalk' tersebut tular kerana ia merupakan kali pertama dilakukan di KLCC.

Persembahan 'crosswalk' Kajima tular di media sosial.

Kata Meer Nash, idea membuat persembahan ‘crosswalk’ ini adalah inspirasi daripada rancangan bual bicara The Late Late Show With James Corden iaitu James Corden Crosswalk Concert yang melibatkan beberapa artis ternama.

“Kita nak cuba mempelbagaikan idea dari segi mempromosikan lagu dan untuk menunjukkan kepada industri kita yang mana ada banyak lagi cara yang boleh dibuat dan bukan saja atas pentas. Namun, di mana-mana saja boleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tugas Azwan Ali sebagai pengacara Mic On! dihentikan serta merta, stesen TV tak kompromi isu disiplin

ARTIKEL BERKAITAN: Paling awal sampai pusat mengundi, Azwan Ali siap bagi kata-kata semangat untuk Azmin

“Contoh, luar dari kotak adalah buat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat. Dalam masa sama, boleh menghiburkan mereka yang sedang tunggu lampu bertukar hijau,” kata Meer Nash.

Tambahan pula, dia berkata persembahan itu merupakan idea segar dan sekurang-kurangnya mereka yang belum tahu tentang lagu Kajima boleh mendengarnya secara langsung.

Persembahan tersebut dilakukan untuk mempromosikan lagu KAJIMA oleh Meer Nash.

Untuk rekod, Kajima nyanyian Meer Nash itu telah dilancarkan sejak September 2022 dan mendapat sambutan peminat dan pencinta muzik tanah air.

Lagu tersebut ditujukan kepada bekas kekasihnya yang membuatkan dirinya susah untuk ‘move on’ selama dua tahun selepas putus cinta.

Selain itu, video muzik Kajima boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia dengan Meer Nash yang memainkan beberapa watak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain