suria

Berat badan Watie naik 10 kg, peminat kata ‘itu tanda sedang bahagia’… Minta cepat-cepat kahwin Shuib

Peminat doakan Shuib dan Waite segera berumahtangga.

UMUM mengetahui pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib kini sedang berkawan rapat dengan usahawan bernama Watie Hanifiah.

Kata Shuib, dia selesa menjalinkan hubungan persahabatan dengan Watie kerana wanita itu mempunyai sikap penyayang seperti Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah.

Gara-gara pendedahan Shuib itu, Watie mula menjadi perhatian netizen dan peminat mula mengambil tahu mengenai apa sahaja perkongsian Watie di Instagram.

292766632_409758094506072_7603642008717228412_n

Watie diusik pengikut Instagram gara-gara luah berat badan naik.

Terbaharu, kapsyen di muat naik Watie mengenai pertambahan berat bada secara mendadak juga menjadi bualan pengikut.

"Dari 58 ke 68 kilogram. Nak salahkan siapa sebenarnya ini?" kongsinya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut mengusik kononnya berat badan Watie naik kerana kini sedang berbahagia bersama Shuib.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau sorok-sorok orang marah” - Kehadiran Watie takdir ditentukan, Shuib rancang bawa hubungan ke fasa seterusnya

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib kena tempias gara-gara ucap tahniah kepada Syamsul, siap ugut boikot... “Kita raikan orang tengah bahagia”

"Entah siapa yang salah kalau bukan Shuib. Kebahagiaan terserlah, normal berat badan naik.

"Salah Shuib, bahagia sangat ini. Cepat-cepatlah kahwin.

"Nanti dah kahwin Shuib jadikan 78 kg pula, janji pasangan boleh terima seadanya," antara komen netizen.

273377098_465417795258052_3506430451203932936_n

Watie penyayang macam arwah Siti Sarah.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.

Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain