suria

Tahniah! Rashidi Ishak akhiri zaman duda, kahwin pengarah ‘Kampung People’

Rashidi Ishak kembali bergelar suami.

PELAKON Rashidi Ishak kembali bergelar suami apabila selamat berkahwin dengan pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin pada Khamis.

Menerusi akaun Instagram anaknya iaitu Maryam Rashika, Rashidi dilihat tampan mengenakan baju Melayu berwarna puith.

"Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Doktor Martens di majlis kahwin ayahnya," katanya.

327960430_1184216652212875_6976662123751043967_n

Rashidi Ishak kembali bergelar suami orang.

Perkara yang sama dikongsikan oleh anak lelakinya, Mikhail Imran yang turut dipercayai berada di majlis berkenaan dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial bernama Saiful Zahairie Zainuddin juga berkongsi foto di Facebook mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Dalam foto itu, Rashidi dan juga isteri mengenakan baju sedondon berwarna putih duduk di atas pelamin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah cuba buka hati untuk wanita lain, Rashidi Ishak ambil keputusan terus menduda

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu ‘demand’ dan besar kepala! Rashidi Ishak dah biasa hadap artis bermasalah, enggan tegur secara terbuka

"Semoga bahagia ke akhir hayat," katanya.

Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkahwinan itu belum berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanida Imran pada 1 Oktober 2000 dan sah bercerai pada 9 Ogos 2018.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Untuk info, drama bersiri Kampung People yang bersiaran di TV3 merupakan arahan Wan Hasliza dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein dan Riena Diana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain