suria

Doktor nasihat Chef Wan perlu berehat, jangan terlalu khuatir keadaan ibu

Chef Wan sebak memikirkan keadaan ibunya, Cik Ani.

CEF selebriti Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan mendedahkan pihak hospital berusaha keras bagi memberi keselesaan buat ibunya, Cik Ani atau Noraini Abdullah yang kini sedang sakit tenat.

Menurut Chef Wan, ibunya tidak lagi memerlukan sedatif atau ubat tahan sakit kerana berada dalam keadaan tenang dan mampu tidur lena.

"Malam semalam dia tidur sangat lena tanpa menunjukkan sebarang kesakitan. Dia tidak memerlukan sebarang sedatif atau ubat tahan sakit," katanya kepada mStar.

cw2 - 1

Cik Ani masih dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Chef Wan turut memberitahu dia ditenangkan oleh doktor yang merawat ibunya ekoran mempunyai masalah sukar untuk tidur.

Kata Chef Wan, doktor menasihatinya untuk berehat dan tidak terlalu risau memikirkan keadaan Cik Ani kerana dia sudah lakukan yang terbaik untuk ibunya itu.

"Doktor meminta saya untuk berehat kerana boleh lihat daripada riak wajah bahawa saya tidak cukup tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: "Doakan Cik Ani" - Chef Wan tak boleh lelap mata bimbang ibu 'pergi' dalam tidur

ARTIKEL BERKAITAN: "Sampai akhirnya dia tak kenal kami lagi" - Sayu baca luahan Chef Wan tentang Cik Ani, sudah tak mampu urus diri akibat Alzheimer

"Kata doktor, ada kalanya mereka akan ‘pergi’ sendiri tanpa ditemani ahli keluarga. Saya sudah pun berada disisinya sejak daripada awal dan saya tahu ibu juga sedar bahawa saya sentiasa menemaninya," ujarnya.

Terdahulu, Chef Wan memaklumkan keadaan kesihatan Cik Ani yang semakin merosot akibat menderita penyakit kanser.

Difahamkan juga, Cik Ani menghidapi beberapa penyakit termasuk Alzheimer dan dimentia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain