suria

Tak terima penjelasan menteri, netizen serang Instagram Jay Chou pula - “Bola buat sikap rakyat Malaysia jadi tak ada adab”

Instagram Jay Chou diserang netizen Malaysia.

SUSULAN kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung status tempahan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk konsert Jay Chou, penyanyi dari Taiwan itu pula teruk dikecam netizen.

Tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, netizen dari Malaysia bertindak menyerang Instagram penyanyi berusia 43 tahun itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati Jay 'merampas' stadium berkenaan bagi menganjurkan konsertnya pada 15 Januari ini.

Lebih menyedihkan, ramai menunjukkan sikap kebudak-budakkan dengan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat terhadap penyanyi itu malah meminta Jay membatalkan penganjuran konsert tersebut.

Malah ada mempertikaikan mengapa Jay memilih mengadakan konsert di stadium berkenaan memandangkan ia adalah tempat untuk perlawanan bola sepak dan bukannya konsert.

WhatsApp Image 2023-01-06 at 11.04.33 AM

Jay Chou menjadi mangsa kecaman netizen.

"Jangan buat konsert di Malaysia, tiada siapa suka kamu di sini. Siapa sebenarnya dia ini?

"Ini stadium nasional. Kena guna untuk acara nasional. Tak ada yang lebih besar daripada pasukan kebangsaan Malaysia.

"Ini stadium bola... sepatutnya khas untuk bola sahaja. Nak buat konsert, tempahlah stadium lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempahan stadium untuk konsert Jay Chou dibuat sejak 2019, FAM tempah pada Ogos 2022 - Hannah

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Chou didakwa sembunyi laporan pekerja terkena jangkitan Covid-19

Terdahulu, Hannah memberitahu tempahan stadium untuk konsert Jay Chou telah dibuat pada 13 Mac 2019, manakala tempahan stadium bagi perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 pula dibuat pada 18 Ogos 2022.

Berikutan konsert Jay menyebabkan sebahagian daripada stadium tersebut terpaksa ditutup pada perlawanan separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Thailand, Sabtu ini.

Ekoran pengnajuran konsert tersebut, hanya 59,000 tiket diperuntukkan di stadium yang mempunyai kapasiti 80,000 penonton kerana pemasangan pentas di stadium tersebut melindungi pemandangan penonton.

Bagaimanapun, di sebalik kemarahan segelintir masyarakat Malaysia terhadap isu berkenaan, ada pula meluahkan rasa malu dengan sikap netizen yang secara melulu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Jay yang tidak bersalah dalam hal berkenaan.

jay1 - 1

Jay Chou kini sedang sibuk dengan konsert jelajah.

Ada menyifatkan kerana bola masyarakat negara ini dianggap tiada adab sehingga sanggup melemparkan kata-kata kejian terhadap orang lain.

Ia sekali gus mencerminkan mentaliti penduduk negara ini dan sikap buruk itu perlu segera diubah.

"Kerana bola, sikap rakyat Malaysia bertukar jadi tak ada adab. Hidup mati kerana bola... sumpah seranah semua keluar.

"Kepada rakyat Malaysia, tolong jadi matang. Dah besarkan, bukan budak kecil. Jangan malukan negara kita," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain