suria

Mahu bentuk kerajaan sendiri, twit Ben Amir cari calon ‘TPM’ buat peminat tak senang duduk - “Saya pandai cabut gigi, boleh cuba ke?”

Ben Amir luah hasrat nak cari isteri.

KETIKA ramai masih ternanti-nanti gabungan manakah yang bakal membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu, pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila secara berseloroh ingin membentuk kerajaannya sendiri.

Kerajaan yang dimaksudkan Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 32, adalah perkahwinan dan sedang mencari timbalan perdana menteri iaitu isteri.

"Saya nak bina kerajaan saya sendiri. Sedang mencari TPM," tulisnya di Twitter.

Menerusi perkongsian tersebut, Ben turut menyenaraikan 'manifesto' wanita yang dimahukan untuk menjadi pasangan hidupnya.

Tweet Ben Amir jadi perhatian gadis.

Ini termasuklah 'timbalan perdana menteri' itu mestilah seorang yang pandai memasak, mudah terhibur dengan gurauannya, mempunyai naluri keibuan dan seorang yang aktif menjaga kesihatan.

"Seeloknya seorang yang boleh mendorong saya untuk menjadi lebih baik dan juga seorang yang nakal," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penggambaran belum selesai tapi dah cabut, Ben Amir akhirnya setuju bayar RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil semangat saudara sesama Islam, penerbit tak boikot Ben Amir dan sudah bermaaf-maafan

Ciapan tersebut membuatkan peminat tidak senang duduk sehingga ia diulang kicau lebih daripada 4,000 kali dan mendapat 14,000 tanda suka.

Ramai dalam kalangan peminat wanita turut mencuba nasib untuk menjadi isteri pelakon berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan pengguna Twitter memperkenalkan rakan-rakan mereka yang masih solo dan sesuai dengan kriteria dimahukan Ben.

Ben Amir mahukan isteri yang bermain gim.

"Hai, kawan saya ini rajin bersenam, masak sedap gila, rajin gelak, boleh tukar-tukar lawak dengan dia dan beauty with brain.

"Tak main gim, tak pandai masak. Hanya pandai cabut gigi. Boleh cuba ke?

"Lepas dengar manifesto dia saya tak jadi nak apply," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain