suria

‘Hardcase’ Rody Kristal rosak, syarikat penerbangan pula lepas tangan... “Sebelum sign baca dulu dokumen”

Rody kecewa syarikat penerbangan enggan bertanggungjawab.

ANGGOTA kumpulan Kristal, Rody kesal dengan tindakan sambil lewa sebuah syarikat penerbangan apabila bagasi tempat penyimpanan instrumen miliknya rosak.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 36, mendakwa, bagasi itu rosak dipercayai tidak diuruskan dengan baik ketika proses daftar masuk meskipun pelekat 'mudah pecah' diletakkan padanya.

"Saya kecewa kerana dekat hardcase tersebut sudah tertulis fragile, tapi itulah mungkin mereka campak sampai pecah pada bahagian tepi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rody berkata, selain bahagian tepi hardcase itu, pedal gitar yang di simpan di dalamnya turut mengalami sedikit kerosakan.

rody1 - 1

Rody kini sibuk berulang-alik ke Kuching, Sarawak.

Gitaris Kristal itu berkata, dia terkilan kerana barang miliknya itu berharga puluhan ribu ringgat namun terpaksa menanggung kerugian disebabkan kecuaian orang lain.

"Barang-barang saya itu bukan berharga ratusan ringgit tetapi mencecah puluhan ribu ringgit dan saya bekerja keras mengumpul wang untuk membelinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Rody Kristal timang bayi perempuan tak kesampaian, isteri alami keguguran

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba pelbagai produk tapi tiada kesan, Rody Kristal akhirnya nekad tanam rambut

"Saya sangat menyayangi semua instrumen milik saya kerana ia adalah usaha keras saya sepanjang bergelar anak seni," katanya.

Sementara itu, meskipun kecewa syarikat penerbangan tersebut enggan bertanggungjawab namun dia turut menyalahkan diri sendiri kerana menurunkan tanda tangan dokumen diberikan ketika melakukan daftar masuk.

Kata Rody, dia tidak membuat pertanyaan lanjut atau membaca secara teliti dokumen tersebut dan terus menurunkan tanda tangan.

"Saya kecewa mereka tidak menerangkan sebab apa kami perlu tanda tangan dokumen itu.

Barang-barang saya itu bukan berharga ratusan ringgit tetapi mencecah puluhan ribu ringgit dan saya bekerja keras mengumpul wang untuk membelinya.

RODY KRISTAL

"Mungkin salah saya juga kerana tidak bertanya isi kandungan dokumen tersebut sebelum menurunkan tanda tangan," katanya.

Disebabkan itu, Rody meminta orang ramai supaya membaca dokumen diberikan sekiranya membuat daftar masuk bagasi di kaunter agar tiada salah faham berlaku sekiranya sesuatu insiden terjadi.

"Orang luar mungkin lihat perkara ini kecil tapi bagi saya nilai penat lelah untuk dapatkan pedal gitar ini membuatkan saya kecewa.

"Nasihat saya kepada orang di luar sana, sebelum turunkan tanda tangan sebarang dokumen, anda kena tahu isi kandungannya terlebih dahulu agar tidak timbul masalah seperti saya alami," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Rody kini sedang menjalani rakaman program televisyen, Getaran Jiwa selaku pengarah muzik dan perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak selama lapan minggu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain