suria

Impian Rody Kristal timang bayi perempuan tak kesampaian, isteri alami keguguran

Niena mengalami keguguran.

IMPIAN gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody untuk menimang cahaya mata perempuan tidak kesampaian apabila isterinya mengalami keguguran.

Isteri Rody iaitu Niena Azman memaklumkan dirinya mengalami keguguran selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik pada Rabu.

"Buat pemeriksaan hari ini tak ada dah. Maaf sayang, dia harapkan baby girl tetapi belum rezeki kami.

"Insya Allah suatu hari nanti okay... doakan kami.

Rody 3

Rody mengimpikan seorang bayi perempuan.

Semuanya kembali normal. Kosong dah. Ramai yang kata anak syurga. Terima kasih semua," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan berkata, sekiranya selepas ini mereka dikurniakan rezeki anak lagi, mereka bercadang untuk memberi nama 'Baby D' sebagai tanda peringatan kepada Allahyarham anak mereka tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena terima hakikat penonton sekarang tengok rupa... pelakon kurang menarik tetap ada peluang - A. Aida

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah tak bengkak dan tiada komplikasi, Lana Nodin buat pembedahan hidung... sempat bersiar-siar di sekitar Seoul

"Semua ini sudah tertulis... Encik Mi cakap selepas ini tak mahu letak Baby C, terus Baby D sebagai ingatan kami kepadanya.

"Walaupun seawal dua bulan tetapi dia cakap itu anugerah kami," katanya.

Rata-rata peminat turut bersimpati dan mendoakan agar pasangan ini dikurniakan lagi rezeki menimang cahaya mata perempuan.

Rody Kristal 2

Pasangan ini berkongsi berita berkenaan di Instagram.

"Semoga Allah kurniakan rezeki bayi perempuan tidak lama lagi. Semoga terus kuat. Semoga dikurniakan lagi rezeki, Insya Allah.

"Bayi syurga menanti ayah dan ibu di sana. Salam takziah. Insya Allah ada lagi rezeki selepas ini," komen pengikutnya.

Untuk rekod, Rody atau Mohd Rodi Baharudin dan Niena melangsungkan perkahwinan pada 27 April 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adithya Jabbar, 3 dan Barie Habibullah yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain