suria

Yusof Wahab wakil Malaysia perkenal seni silat di China, langkah awal pembikinan filem 'Laksamana Cheng Ho'

Mazlan (kiri) dan Yusof mahu perkenalkan seni silat di mata dunia.

PENGALAMAN lebih 50 tahun dalam dunia persilatan membuatkan nama pelakon dan pengarah Yusof Wahab dipilih menjadi wakil pertandingan seni mempertahankan diri di Shandong, China.

Berkongsi mengenai perkara itu, penerbit dari NQ Cultural Commercial (NQCC) iaitu Dr Mazlan Goh memberitahu, pihaknya sebelum ini telah menghubungi Yusof untuk mengajar sekumpulan anak muda bagi menyertai pertandingan tersebut.

Bagaimanapun disebabkan masa yang terlalu singkat, Yusof sendiri menjadi wakil dan telah merakamkan sebuah video penyertaan untuk acara berkenaan.

yusoff wahab 2

Yusof sahut cabaran sertai pertandingan seni mempertahankan diri di China.

"Kami memilih Yusof Wahab bukan sahaja bersandarkan pengalamannya sebagai pengarah drama selama 22 tahun malah sebagai pesilat yang berpengalaman lebih 50 tahun.

"Rakaman video penyertaan harus sampai ke pihak penganjur di Shandong, China sebelum Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah orang tengok sejarah silam saya” - Filem ‘Brother Gun’ angkat kisah benar ketua kongsi gelap

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah nampak bakat terpendam Sharul Kamal, beri peluang bawa watak utama dalam filem ‘SERATUS’

"Demi memenuhi syarat berkenaan, penggambaran video telah diadakan di Istana Lama Sri Menanti, Sri Menanti, Negeri Sembilan pada Ahad," katanya.

Menurut Mazlan, jemputan menyertai pertandingan ini juga merupakan satu langkah permulaan dengan sebuah syarikat produksi di sana bagi menerbitkan filem epik Laksamana Cheng Ho.

Saya mahu silat setanding dengan seni mempertahankan diri lain.

DR MAZLAN GOH

PENERBIT

Secara tidak langsung pembikinan filem itu juga dianggap sebagai satu medium bagi memperkenalkan seni silat kepada lebih ramai orang di seluruh dunia.

"Dalam filem itu nanti pasti ada babak pertarungan dan sebab itu saya mahu memperkenalkan seni silat pada pertandingan ini sebelum ia dipaparkan dalam filem berkenaan.

"Saya yakin silat dapat menarik minat bukan sahaja para juri di sana malah melalui filem ia mampu memperluaskan pengaruh seni mempertahankan diri bangsa Melayu.

WhatsApp Image 2022-09-26 at 12.01.54 PM

Yusof mempunyai pengalaman luas dalam dunia persilatan.

"Saya mahu silat setanding dengan seni mempertahankan diri lain seperti kungfu, karate dan tae-kwan-do yang sebelum ini banyak dipaparkan dalam filem-filem aksi luar negara," ujarnya.

Untuk rekod NQCC bukan sebuah syarikat asing dalam bidang penerbitan dan telah banyak menghasilkan program televisyen untuk tayangan China Channel TV (CCTV) di sana.

Selain filem Laksamana Cheng Ho, NQCC juga akan menerbitkan program berkonsepkan travelog untuk memperkenalkan adat dan budaya Melayu, makanan serta tempat-tempat menarik di Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain