suria

Filem berjaya, diuji pula dengan rumah tangga... Peminat minta Syamsul banyak berdoa, serahkan urusan kepada Allah

Syamsul Yusof luah perasaan di media sosial.

NAMA pengarah tersohor, Syamsul Yusof hangat diperkatakan apabila filem arahannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih sambutan luar biasa penonton sejak ia ditayangkan pada 26 Jun lalu.

Kejayaan karya terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu cukup membanggakan apabila mencatatkan kutipan RM84 juta dalam tempoh 27 hari tayangan dan menjadi filem Melayu paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Bagaimanapun, nama Syamsul bukan sahaja meniti di bibir peminat disebabkan kejayaan filem berkenaan tetapi turut menjadi sorotan masyarakat melibatkan kisah rumah tangganya dengan aktres Puteri Sarah Liyana.

293567941_153792250567379_3959495974585371837_n

Kualiti kerja yang ditonjolkan Syamsul tidak pernah mengecewakan lebih-lebih lagi kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

Biarpun masyarakat rancak memperkatakan tentang kisah peribadinya termasuklah dengan Ira kazar, namun Syamsul tetap memilih jalan mengunci mulut daripada mengulas kisah peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kecoh video Syamsul Yusof dan Kazar seronok pilih barang kemas, ini jawab pemilik kedai emas!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syamsul Yusof pandang serius isu hina Islam, Yusuf Azmi cadang mogok jika kelab komedi dibuka semula

Namun, kata-kata nasihat yang dikongsi Syamsul di Instagram seakan-akan memberi gambaran tentang perasaannya dan perkara itu menarik perhatian pengikutnya di laman sosial.

"Bila hati sedih doa banyak-banyak. Rasa tenang itu nanti Dia hantar. Sekelip mata. Maha hebat betul," tulisnya.

1641728

Pergolakkan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa terkait dengan Ira Kazar (kanan).

Perkongsian tersebut lantas mendapat sokongan daripada peminat yang mendoakan agar anak kepada pengarah Datuk Yusof Haslam itu tabah menghadapi ujian.

"Kuatkan semangat dan kekalkan semangat positif.

"Ya betul serahkan kepada Allah SWT segala urusan kita," tulis salah seorang pengikutnya.

Bila hati sedih doa banyak-banyak. Rasa tenang itu nanti dia hantar. Sekelip mata. Maha hebat betul.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH, PELAKON

Sebelum ini tular video Syamsul bersama Kazar di sebuah kedai emas di Ipoh, Perak yang menarik perhatian ramai.

Pada masa sama Puteri Sarah turut memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan bersama dua aduan di pejabat agama ke atas Ira Kazar yang didakwa sebagai orang ketiga dalam perkahwinannya dengan Syamsul.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain