suria

Komposer Ooi Eow Jin dan anak terlantar di hospital akibat Covid-19, keadaan kesihatan semakin merosot

Keadaan terkini komposer terkenal Datuk Ooi Eow Jin dan anaknya Raymond yang kini terlantar di hospital akibat Covid-19.

KEADAAN kesihatan komposer terkenal, Datuk Ooi Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 dilaporkan semakin merosot selepas dijangkiti virus Covid-19.

Isterinya, Datin Khaw Lean Kee memberitahu selain Eow Jin, anak lelaki mereka Raymond, 57, turut disahkan positif dan kedua-dua mereka masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Khaw yang turut positif akibat virus itu namun sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat menurut Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

A 2018 picture of Datuk Ooi Eow Jin and Datin Elaine Khaw at their home. - SIA HONG KIAU/The Star

Keadaan Eow Jin yang dibantu oleh isterinya menguruskan diri.

Pengerusi yayasan itu, Datuk DJ Dave berkata, Khaw menghubunginya bagi memaklumkan keadaan terkini mereka sekeluarga akibat Covid-19 pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Karyawan Capai Sasaran Kutip RM40,000 Bantu Ooi Eow Jin

ARTIKEL BERKAITAN: Ooi Eow Jin Akhirnya Tinggalkan Dunia Muzik

Malah pihak YKAT sempat memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada keluarga itu pada 24 Jun lalu memandangkan mereka terdesak dari segi kewangan dan kesihatan.

"Apa yang merungsingkan beliau adalah tentang kesihatan suami dan anaknya, Raymond yang sebelum ini pernah menghidap penyakit ketumbuhan otak.

Sebagai ibu sudah pasti dia bimbang dengan keadaan Raymond meskipun dirinya sendiri sakit tetapi anaknya itu perlukan penjagaan rapi

DATUK DJ DAVE

PENGERUSI YAYASAN KEBAJIKAN ARTIS TANAHAIR (YKAT)

"Isterinya telah dibenarkan keluar hari ini tetapi dia bimbang bagaimana keadaan anaknya kerana dia tahu anaknya tidak makan dan lapar tetapi tak boleh melakukannya. Dia terpaksa mengharapkan jururawat untuk menyuap anaknya.

"Sebagai ibu sudah pasti dia bimbang dengan keadaan Raymond meskipun dirinya sendiri sakit tetapi anaknya itu perlukan penjagaan rapi," ujarnya.

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata tetapi anak sulungnya meninggal dunia akibat leukemia.

Untitled design (2)

Eow Jin yang kini sedang mendapat rawatan di hospital akibat dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, DJ Dave berkata, pihaknya ingin melawat Eow Jin dan Raymond di hospital namun atas faktor prosedur operasi standard (SOP), hasrat itu terpaksa dilupakan.

Eow Jin pernah menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi popular tanah air antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk M Nasir dan Rahimah Rahim.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di TV3 dan mencipta beberapa lagu antaranya, Gerimis Di Lautan, Lagu Untukmu, Masa Berlalu, Dia Ibuku, dan Hati Yang Rapuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain