suria

Filem Senario tetap jalan tanpa Lan Pet Pet, Saiful Apek minta hargai 6 ahli kumpulan lain

Lan sepatutnya turut serta dalam filem Jaga-Jaga Senariounion.

KETIADAAN pelawak Lan Pet Pet dalam telefilem Jaga-Jaga Senariounion menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat kumpulan lawak popular, Senario.

Mengakui berasa ralat ahli kumpulan tidak lengkap, pelawak Saiful Apek, berkata Lan pada awalnya turut serta dalam telefilem itu namun jadualnya padat disebabkan beberapa kali penggambaran terpaksa ditunda.

ARTIKEL BERKAITAN: Yassin Senario terkena tempias gara-gara kes Yasin Sulaiman... Syukur nama naik semula, jadi sebutan netizen

Biarpun tidak mencukupi seorang ahli, namun Saiful tetap berasa teruja apabila dua anggota lain iaitu Pakya atau Illya dan Hamdan dapat turut serta dalam telefilem itu.

Sailful 2

Jaga-Jaga Senariounio turut menampilkan Illya dan Hamdan.

"Sudah tentu rasa ralat bila Lan tak dapat sertai sebab dia sahabat kami dan sudah sinonim dengan Senario. Sebab Senario tak macam kumpulan lain yang silih berganti.

"Ikutkan promo pertama Lan ada bersama tapi sebabkan penggambaran asyik tertunda, jadual dia pun dah padat. Tapi kalau nak tunggu lengkap semua ahli takut nanti tak menjadi filem.

"Tapi seorang tak ada, ada enam lagi ahli yang lain. Banyak orang cerita tentang Lan tak ada, tapi orang tak nak cerita sangat fasal kehadiran Pakya dan Hamdan.

Sepatutnya kita kena lebih hargai orang yang ada.

SAIFUL APEK

ANGGOTA SENARIO

"Sepatutnya kita kena lebih hargai orang yang ada," kata Saiful kepada mStar.

Jaga-Jaga Senariounion mengembalikan semula ahli-ahli kumpulan lawak popular, Senario yang mula ditayangkan sejak 21 April lalu menerusi Astro First.

Selain Saiful, Pakya, Hamdan, Lan Pet Pet, telefilem arahan Aziz M. Osman itu turut dibintangi oleh anggota Senario yang lain iaitu Azlee, Wahid dan Yassin.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff memberitahu dia dan ahli yang lain mempunyai perasan bimbang dengan jangkaan penonton terhadap filem tersebut.

Saiful 1

Saiful dan Yassin mempunyai kumpulan sendiri iaitu Sa.Ya untuk GV8.

"Bila dah dua dekad filem-filem Senario yang lama, sudah tentu perasaan bimbang itu ada. Sebab kita tak tahu yang kita bersaing dengan masa, trending dan budaya.

"Jadi, kita tak tahu dari segi itu macam mana. Kalau dulu masa filem Senario nak keluar di pawagam, dah boleh bayang orang beratur nak tonton.

"Tapi kali ini, tak dapat nak bayangkan sebab ditayangkan di kaca TV. Jadi, kita pun tak tahu nak jangkakan macam mana. Tapi saya percaya peminat Senario tetap akan menyokong," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu