suria

[VIDEO] Netizen persoal kenapa Janna Nick tak keluar kereta bantu penyampai berita TV3 kena seret... Ini komen tuan badan

Janna Nick kongsi detik cemas kejadian pembaca berita diseret.

GARA-GARA berkongsi video bagi menjejaki seorang lelaki yang diseret sebuah kereta ketika cuba mengejar penjenayah, netizen mempersoalkan pelakon Janna Nick kerana dikatakan tidak berusaha membantu mangsa.

Kata pemilik akaun @ella.hering di Instagram, dia menyangka Janna bertindak turun daripada kenderaannya bagi mengetahui situasi sebenar yang berlaku terhadap penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik suspek seret penyampai berita TV3 dah kena cekup

Enggan berdiam diri, Janna menjelaskan dia tidak boleh melulu keluar daripada kereta tanpa mengetahui cerita sebenar.

"Saya tidak boleh keluar dari kereta tanpa mengetahui keadaan sebenar. Saya juga memberi tumpuan untuk mendapatkan nombor plat kereta, itu satu-satunya peluang untuk menangkap penjenayah itu.

"Saya tidak menyiarkan video penuh. Sebaik video ini tamat, kami keluar dan berbincang dengan abang baju Melayu itu untuk bertanyakan apa yang berlaku dan adakah dia okey.

"Kami memberinya nombor plat kereta itu," jelas Janna.

Sebelum itu, Janna berkongsi video rakaman kamera papan pemuka berhubung insiden pada 5 Mei berkenaan.

Pada perkongsian berkenaan Janna memaklumkan dia tidak mempunyai nombor telefon mangsa selain tidak tahu bagaimana mahu berkongsi rakaman tersebut untuk dijadikan bukti.

Aksi cemas itu sempat dirakam Janna yang kebetulan melalui kawasan itu pada Khamis.

"Peragut hampir membunuh! Omg! Tolong cari jap owner kereta tu. Kesian abang pakai baju Melayu ni. Sampai berdarah-darah tangan kena seret atas jalan. Cermin kereta dia pecah.

"To abang baju Melayu, I don't have your contact number. Tak tahu macam mana nak pass this video. Luckily my dashcam ada record," tulisnya.

Video yang dimuat naik pada Jumaat itu menerima lebih 600,000 tontonan di Instagram.

Biarpun ramai yang memuji tindakan Janna, namun ada juga yang mempertikaikan kenapa aktres berkenaan tidak turun membantu pembaca berkenaan.

pembaca berita1Khairul Rizuan alami luka di tangan dan lutut.

Khairul Rizuan mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.

Dalam kejadian itu, Khairul memakir kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

Sementara itu, pihak polis sudah berjaya menahan dua beradik pada malam Jumaat bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Empat senator baharu angkat sumpah