suria

Wak Doyok cari isteri yang sanggup tinggal bersama mak mentua, pernah cuba dijodohkan dengan cikgu

Wak Doyok mahu jaga ibu walaupun sudah berkahwin.

MASIH berstatus solo, pelakon dan usahawan Wak Doyok tidak dapat lari daripada ditanya tentang jodoh setiap kali bertemu saudara mara ketika musim perayaan.

Bagi Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 42, dia ada alasan sendiri mengapa memilih untuk tidak terburu-buru mencari pasangan dan hanya berserah kepada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pucat muka Wak Doyok disuruh gulung sushi, takut jadi macam tempe!

ARTIKEL BERKAITAN: Musim raya bakal tiba, Wak Doyok risau designer muncul idea pelik buat baju Melayu selit elemen perempuan!

“Setiap orang ada rezeki masing-masing dan bagi saya jodoh sekarang ini untuk menjaga ibu sendiri. Itu adalah tanggungjawab untuk saya laksanakan.

“Saya bahagia hidup bersama ibu dan belum dikurniakan rezeki untuk memiliki seorang wanita bergelar isteri. Itulah yang akan selalu saya katakan apabila ada yang bertanya bila mahu kahwin,” katanya kepada mStar.

Melihat doa ibu adalah sebagai kunci kebahagian dan juga rezeki, Wak akan pastinya bakal isterinya nanti juga bersedia untuk tinggal bersama mentua.

Saya korbankan masa untuk mencari cinta demi memberi tumpuan kepada ibu memandang usia dia juga semakin meningkat

WAK DOYOK

PELAKON/USAHAWAN

Kata Wak, apabila usia ibu semakin meningkat, inilah masa terbaik untuk memberi tumpuan penuh kepada wanita itu.

“Kalau ada yang nak jadi isteri saya akan interview dahulu. Boleh atau tidak dia tinggal bersama ibu saya? Jika tidak saya akan kata good bye!

“Ibu adalah kunci kepada pintu rezeki dan kebahagiaan. Saya korbankan masa untuk mencari cinta demi memberi tumpuan kepada ibu memandang usia dia juga semakin meningkat,” jelasnya.

Wak mahu beri keutamaan menjaga ibu.Wak Doyok tak fikir soal jodoh.

Wak juga berkongsi dia pernah mahu dijodohkan dengan seorang wanita yang bertugas sebagai seorang guru.

Namun disebabkan terlalu sibuk dengan kerja, hasrat untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dilupakan.

“Rasanya sekitar lima tahun lepas ada ibu saya cuba jodohkan dengan seorang guru namun tidak menjadi kerana saya terlalu sibuk dengan kerja.

“Sekarang ini saya dah tak fikir soal jodoh. Hanya berserah kepada takdir yang Allah sudah tentukan dan menjalani hidup seperti biasa,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain