suria

Baju raya hanya sepasang, Sherry Ibrahim ambil peluang bercuti musim raya

Sherry hanya sediakan sepasang baju baharu untuk raya.

TIDAK seperti kebanyakan wanita lain yang menyediakan beberapa pasang baju baharu untuk sambutan Aidilfitri, berbeza dengan pelakon Sherry Ibrahim.

Kata Sherry, 39, dia hanya menyediakan sepasang baju raya dengan gaya yang ringkas supaya selasa dan mudah untuk dia membantu ibu di dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu pekerja hilang pendapatan, Sherry Ibrahim guna duit simpanan dan jual barang salon untuk pertahan bisnes

ARTIKEL BERKAITAN: "Berhenti fitnah, jangan libatkan keluarga saya!" - Sherry Ibrahim berang dituduh ubah muka

“Setiap kali raya saya banyak habiskan masa menolong ibu di dapur, jadi saya hanya akan ada sepasang sahaja baju baharu yang simple supaya mudah buat kerja rumah.

“Sambutan raya kami sekeluarga juga sangat ringkas dan sederhana,” katanya yang menyambut raya bersama keluarga di Kuang, Selangor.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Sherry mengambil kesempatan waktu rehat ketika musim raya untuk pergi bercuti dan kali ini dia memilih destinasi dalam negara.

Keluarga saya sudah faham dengan rutin itu dan inilah masanya untuk saya berehat selepas penat bekerja

SHERRY IBRAHIM

PELAKON

“Dua tahun tak dapat nak travel jadi tahun ini saya akan ambil kesempatan untuk pergi bercuti. Mungkin melancong dalam negara sahaja.

“Keluarga saya sudah faham dengan rutin itu dan inilah masanya untuk saya berehat selepas penat bekerja,” ujarnya.

Walaupun negara sudah memasuki fasa endamik Covid-19, Sherry akui ada sedikit kebimbangan untuk berada di tempat yang ramai orang.

sherry ibrahim 1

Sherry memilih destinasi dalam negara untuk pergi bercuti kali ini.

Bagaimanapun katanya pengalaman bertugas sebagai pramugari sebelum ini membuatkan dia yakin tentang prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan.

“Saya pernah bertugas sebagai pramugari ketika kita semua berhadapan dengan virus SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), jadi sudah tahu SOP ketat yang dilaksanakan.

“Apa yang penting sentiasa jaga kesihatan dan jika terkena jangkitan perlu jaga diri sendiri daripada menjangkiti orang lain,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain