suria

Tak mahu pekerja hilang pendapatan, Sherry Ibrahim guna duit simpanan dan jual barang salon untuk pertahan bisnes

Sherry usaha pertahankan bisnes salon miliknya dari ditutup.

MENGURUSKAN perniagaan salon rambut miliknya sendiri, pelakon Sherry Ibrahim akui melalui waktu sukar ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Disebabkan tidak boleh beroperasi, Sherry, 39, berkata, dia terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk membayar sewa kedai dan gaji kakitangan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Berhenti fitnah, jangan libatkan keluarga saya!" - Sherry Ibrahim berang dituduh ubah muka

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tiada kaitan dengan produk itu lagi, tanya pihak lain" - Sherry Ibrahim

“Tidak mudah sebenarnya menguruskan perniagaan sendiri dan saya pernah melalui situasi zero income ketika pandemik sebelum ini.

“Lebih teruk lagi saya juga terpaksa berpindah lot kedai dan pastinya memerlukan banyak duit untuk ubah suai kedai baharu dan lama.

“Saya terpaksa buat apa sahaja yang boleh menjana pendapatan ketika itu seperti menjual produk-produk di salon,” katanya kepada mStar.

sherry ibrahim 1

Sherry terpaksa guna wang simpanan untuk teruskan operasi salon ketika pandemik

Biarpun berdepan kesukaran, Sherry berkata, dia cuba mempertahankan perniagaan itu demi kakitangannya.

Dia bersyukur berkat doa dan usaha akhirnya perniagaan itu kini sudah boleh kembali beroperasi seperti biasa.

“Ketika berdepan dengan kesukaran itu saya harus fikir juga tentang nasib kakitangan jika mereka diberhentikan.

“Saya percaya jika kita sorang majikan sayang akan kakitangannya, mereka akan lebih menghargai kita. Mereka masih lagi bekerja sehingga hari ini.

“Waktu sukar saya sentiasa berdoa dan syukur urusan dipermudahkan dan duit sentiasa datang,” ujarnya.

Saya terpaksa buat apa sahaja yang boleh menjana pendapatan ketika itu seperti menjual produk-produk di salon

SHERRY IBRAHIM

PELAKON

Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya seni, Sherry memberitahu dia baru sahaja selesai merakamkan lagu duet yang bakal dijadikan OST sebuah drama.

Menurut Sherry yang merupakan salah seorang peserta The Masked Singer (TMS) musim kedua, program tersebut telah membuka matanya untuk lebih menyerlahkan bakat dalam bidang nyanyian.

“Penyertaan dalamn TMS telah membuka hati saya untuk lebih serius dalam bidang nyanyian.

“Bukan bermakna saya tamak dan nak buat semua perkara, tetapi saya mahu serlahkan bakat dalam bidang nyanyian ini,” jelasnya.

Sherry ditemui di majlis sidang media Ad Hoc Raya 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Sherry terlibat sebagai salah seorang selebriti yang berniaga pada festival jualan raya yang bakal diadakan pada 29 April hingga 1 Mei nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain