suria

Dua beradik suspek seret penyampai berita TV3 dah kena cekup

Pembaca berita TV3 diseret ketika cuba kejar penjenayah.

SUSULAN kes penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan yang cedera ketika cuba mengejar penjenayah, dua beradik ditahan polis pada malam Jumaat bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Janna Nick kongsi detik cemas pembaca berita diseret ketika kejar penjenayah

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah Janna Nick, lagu Gatal viral sampai Turki!

Menerusi kenyataan kepada media, polis turut merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun itu termasuk sebuah kereta yang digunakan suspek dalam jenayah berkenaan.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod penyalahgunaan dadah, 15 rekod jenayah dan dua rekod masih disenarai hitam bagi kes penyalahgunaan dadah dan sebagai orang dikehendaki dalam kes penyalahgunaan dadah.

"Suspek wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

JANNA

Janna nick kebetulan berada di tempat kejadian.

Pada Khamis, penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan, 34, cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya sebelum cedera akibat diseret Perodua Myvi dipandu suspek untuk melarikan diri.

Kejadian berlaku pada 3.40 petang di Damansara Perdana itu menyebabkan Khairul Rizuan luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan.

Khairul memarkir Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

Kejadian itu tular di media sosial selepas pelakon dan penyanyi Janna Nick, yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian memuat naik rakaman kamera dashboard di akaun Instagram dan Tiktok miliknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain