suria

[VIDEO] Rakam video Tokti tengah keluar duit di ATM, pengguna TikTok dikecam ganggu privasi... Teruja pertama kali jumpa artis kesayangan

Tindakan Yana merakam video Tok Ti di ATM dikecam ramai.

TINDAKAN seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil duit di mesin ATM mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi video tersebut, individu yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima lebih 300 anugerah, Siti Nurhaliza tersenarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time... Netizen teruja dapat kalahkan Celine Dion

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Nurhaliza tak mahu menjerit, nyanyi lagu ‘Semalam’ ikut kemampuan... Paling penting relaks dan sedap didengar

“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like... Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.

yana 22

Gambar bersama Siti yang sempat dirakam

Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.

Terkesan dengan kecaman banyak pihak, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.

Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti

YANA OTHMAN

PENGGUNA TIKTOK

“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).

“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.

“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya.

Bagaimanapun, pemerhatian mStar mendapati individu berkenaan baru sahaja memadam video berkenaan dari laman Tiktok miliknya selepas lebih 14 jam dimuat naik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain