suria

Harris Alif tak kekok dukung anak, Intan Ladyana lahir bayi perempuan

Harris dan Intan sambut anak pertama pada Isnin

PELAKON Intan Ladyana selamat melahirkan anak pertama pada lewat malam Isnin.

Berita tersebut dikongsikan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi Harris Alif menerusi satu hantaran Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Alif mahu ikut Intan Ladyana masuk dewan bersalin, teringin lihat sendiri proses lahirkan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Alif tak letak syarat, status isteri bukan penghalang Intan Ladyana terus berlakon - “Masing-masing dah tahu dan kena jaga batasan”

"Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. 11.40 malam, 31/1/2022," tulis Harris secara ringkas.

Terbaru Harris memuatnaik gambar dia mendukung bayi pertama mereka.

"Puteri sulung daddy dan mummy. Terima kasih semua atas doa yang baik,"ucapnya.

Khabar gembira tersebut turut disahkan ibu Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid ketika dihubungi oleh mStar.

intan 2

Pasangan ini sepakat merahsiakan jantina bayi ketika disahkan hamil

"Syukur, terima kasih yang ucapkan tahniah. Saya tak boleh nak beritahu banyak kerana tidak bersama mereka.

"Harris masih berada di hospital," ujar ibunya kepada mStar.

Pada petang Isnin, Harris berkongsi foto bersama Intan ketika berada di hospital selain memohon doa untuk permudahkan urusan bersalin.

Harris, 23, dan Intan, 40, berkahwin pada 5 Februari 2020 di Kuala Lumpur.

Pasangan ini sepakat merahsiakan soal kehamilan namun perubahan pada Inta mula dihidu peminat sejak hujung tahun lalu.

Intan juga pernah dikejarkan ke hospital setelah disahkan positif Covid-19 ketika hamil pada Disember lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Harris Alif, Intan Ladyana

Artikel Lain