suria

Harris Alif tak letak syarat, status isteri bukan penghalang Intan Ladyana terus berlakon - “Masing-masing dah tahu dan kena jaga batasan”

Harris sah bergelar suami kepada Intan pada Jumaat.

STATUS sebagai isteri bukan satu penghalang untuk aktres Intan Ladyana untuk meneruskan kerier dalam bidang lakonan malah suaminya iaitu pengacara Harris Alif juga memahami kerjaya seorang pelakon.

Menurut Harris, 22, dia tidak pernah melarang atau meletakkan syarat untuk Intan berlakon memandangkan mereka menyedari perlu menjaga batasan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Intan Ladyana kini sah isteri Harris Alif, akad nikah berlangsung ikut SOP di Jawi

"Sebelum saya kenal Intan, dia memang dah berlakon... jadi, saya dah faham dia punya tugas dan kerja. Dah nama pun berlakon, tak ada sampai nak beriya sangat.



Acara akad nikah pasangan ini diadakan di Jawi.

"Tapi saya tidak melarang atau meletakkan sebarang syarat pun. Intan sendiri pun tahu dia punya batasan dan tak boleh lebih daripada limit itu.

"Masing-masing dah tahu dan kena tahu menjaga batasan sendiri. Jadi, tak ada masalah antara kami dalam soal kerjaya lakonan," kata Harris kepada mStar.

Harris dan Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya sah bergelar suami isteri pada pagi, Jumaat di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Nak kata stres tu... tak juga tapi memang betul agak susah untuk buat persiapan.

INTAN LADYANA

PELAKON

Acara akad nikah pelakon berusia 38 tahun itu dan suaminya disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

Berkongsi mengenai persiapan pernikahan, Intan mengakui alami kesukaran terutama memilih tarikh untuk majlis resepsi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.



Pasangan ini terpaksa menangguhkan majlis resepsi sehingga PKP tamat.

"Nak kata stres tu... tak juga tapi memang betul agak susah untuk buat persiapan. Nak beri tarikh dan kad kepada orang. Jadi, kami masih ragu-ragu dan sampai sekarang kami tak ada tarikh untuk reseps.

"Sebab kami takut di masa kelak PKP dilanjutkan... kita pun tak tahu. Apa pun tunggu semuanya reda dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki, kami akan adakan majlis resepsi," ujarnya.

Menerusi sidang media yang berlangsung secara maya, Harris mendedahkan majlis merisik Intan sudah dibuat pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran isterinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain