suria

Tayangan perdana drama 'Hari Kita Jatuh Cinta' lakonan Intan Ladyana dan Azlee Khairi trending di Twitter

Azlee sebagai teraju utama drama Hari Kita Jatuh Cinta.

DRAMA Hari Kita Jatuh Cinta yang memulakan tayangan perdana di saluran Awesome TV selama tiga hari berturut-turut pada Isnin hingga Rabu mendapat sambutan hangat sehingga menjadi trending di Twitter.

Rata-rata penonton tertarik dengan jalan cerita drama lakonan Intan Ladyana dan Azlee Khairi yang dipersembahkan oleh produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Drama yang mempunyai 18 episod itu bakal ditayangkan menerusi slot Drama Ohsem, Awesome TV atau saluran di saluran 123, Astro dan 112, MyTV bermula Mei depan pada setiap Isnin hingga Rabu.



Intan Ladyana sebagai pelakon utama dalam drama tersebut.

Ia mengisahkan pertemuan tanpa diduga Mariam Sophia lakonan Intan Ladyana dan Yusoff Farhan lakonan Azlee Khairi telah menyulam rasa cinta antara mereka.

Namun kemunculan Firhad (Gambit Saifullah), adik kepada Farhan telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada Mariam kerana Firhad sebenarnya bekas kekasih Mariam.

Tapi untuk mengelakkan kecurigaan Farhan, Mariam telah berterus terang tentang kisah silamnya dan akhirnya mereka telah berkahwin.



Drama tersebut turut dibintangi oleh Oktavia Manrose.

Bermula apabila Farhan telah ke Palu, Indonesia untuk bantuan mangsa gempa bumi tanpa memberitahu Mariam perkara sebenar. Dia telah meninggalkan Mariam yang dalam keadaan hamil tanpa pengetahuannya.

Sepanjang ketiadaan suaminya, pelbagai yang telah berlaku kepada Mariam yang membuatkan Mariam menderita. Dan lagi memilukan apabila kepulangan Farhan dalam keadaan yang tidak mengingati siapa Mariam di sisinya.

Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui di semua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



mStar kini di TikTok

@mstarmalaysia

Tahniah Intan & Harris! Foto credit: IG @fillea_studio ##mstar ##mstartiktok ##fyp ##HarrisIntan

Selamat Pengantin Baru - Puan Sri Saloma

Artikel Lain