suria

Setahun tiada lagu baharu, Amir Hasan takut dilupakan... Enggan buat gimik raih populariti

Amir mempertaruhkan empat lagu baharu dalam album Karya.

SELEPAS setahun tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi Amir Hasan akui bimbang jika namanya semakin dilupakan.

Dalam masa sama, Amir atau nama sebenarnya Amir Abu Hasan sedar akan kemunculan artis baharu setelah industri muzik kembali rancak selepas tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) memberi saingan buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolongkan la kasihan kami yang patuh SOP ni!” - Amir Hasan bengang ramai selebriti langgar undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Hasan dituduh songlap duit Andi Bernadee, kecewa nama kena ‘petik’ - “Sedih netizen caci arwah bapa”

"Lebih setahun saya tidak ada lagu baharu, risau juga orang dah tak ingat siapa Amir Hasan.

"Sekarang ramai juga penyanyi baharu dan rakan artis seusia saya yang semakin rancak mencipta nama. Jadi ada rasa takut jika saya sedikit ketinggalan.

Amir mempertaruhkan empat lagu baharu dalam album Karya

Amir bimbang jika namanya akan dilupakan

"Saya harapkan peminat yang pernah kenal saya dahulu akan terus menyokong dan dalam masa sama ada peminat baharu," ujar Amir kepada mStar.

Amir juga tidak mahu ambil jalan mudah dengan mencipta sebarang gimik semata-mata untuk menjadikan dirinya popular.

Lebih setahun saya tidak ada lagu baharu, risau juga orang dah tak ingat siapa Amir Hasan

AMIR HASAN

PENYANYI

"Lebih baik jadi diri sebenar dan orang akan lebih mudah untuk terima saya, tak perlu nak buat sebarang gimik apabila muncul dengan lagu baharu.

"Apa yang saya kongsikan di media sosial selama ini, itulah diri saya yang sebenar," jelasnya.

Sementara itu, bekas peserta Big Stage musim ketiga ini baru sahaja tampil dengan album istimewa berjudul Karya yang memuatkan empat buah lagu ciptaan dia sepenuhnya.

amir hasan 2

Cipta lagu sendiri yang menggambarkan arah tuju muziknya

Lagu berjudul Lelaki Biasa menjadi taruhan utama Amir dalam album ini dan ia sudah boleh didengari secara penstriman digital bermula 14 Januari.

"Kalau ikut perancangan nak lancarkan tahun lalu, namun disebabkan kekangan masa akhirnya baru tahun ini berjaya siap.

"Saya keluarkan empat lagu terus untuk kepuasan sendiri. Semua lagu dalam album ini menggambarkan muzik saya yang sebenar," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Amir Hasan, Karya, Lelaki Biasa, iShy

Artikel Lain