suria

Fasha Sandha tak sanggup amal diet keterlaluan, bimbang susu badan kering

Fasha bersyukur memiliki suami yang penyayang.

GEMUK atau kurus tidak menjadi isu dalam rumah tangga yang dibina pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz.

Menurut Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, dia bersyukur kerana suaminya sentiasa menerima keadaan diri yang kini sedikit berisi

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Imej rambut perang buat Fasha Sandha tak selesa, terpaksa warnakan walau berat hati

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha terkejut adik buat keputusan kahwin usia muda, titip pesanan buat Elisya Sandha

"Aidil tak boleh jadi personal trainer saya sebab nanti saya akan jadi manja. Tapi dia seorang suami yang sangat menerima kekurangan saya.

Fasha 1

Fasha dan Aidil sentiasa terima kekurangan masing-masing.

"Walaupun saya cakap rasa diri gemuk, dia tak pernah paksa saya untuk kurus. Pada dia, tak penting pun kurus asalkan saya sihat.

"Dia pun tak pernah pandang rendah terhadap saya. Kami saling terima kekurangan masing-masing," kata Fasha kepada mStar.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira Mohd Aidil yang dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Tak boleh nak diet terlalu ketat sebab bimbang susu akan jadi kering.

FASHA SANDHA

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama Scammer ini mengakui mengambil masa agak lama untuk menurun berat badan selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira.

"Selepas saya bersalin, memang ambil masa agak lama nak turun berat badan walaupun jaga makan sebab saya menyusukan anak.

"Tak boleh nak diet terlalu ketat sebab bimbang susu akan jadi kering. Sebab itu saya tak paksa diri untuk diet keterlaluan," ujarnya.

fasha 2

Fasha bersama suami dan anak-anak.

Sementara itu, Aidil turut bersyukur dia dan Fasha berjaya tercalon dalam top 5 Pasangan MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021).

"Sebenarnya kami tak sangka dapat Top 5... nak dapat top 20 pun susah sebab ramai pasangan yang lebih menarik. Apatah lagi, kami ini pengantin lama.

"Kita dapat Top 5 ini pun dah bersyukur dan gembira. Tak menang pun tak apa sebab sebenarnya ramai pasangan selebriti," kata Aidil.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain

BN pertahan kerusi DUN Tioman