suria

Bandi Amuk tak jadi buka topeng, ikut nasihat peminat jangan gadaikan ‘trademark’

Bandi mahu lupakan hasrat untuk membuka topeng.

HASRAT penyanyi rock Bandi Amuk untuk membuka topeng akhirnya terkubur selepas tersingkir di minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Menurut Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, disebabkan gagal melayakkan diri ke pentas akhir GV8, dia mengambil keputusan membatalkan niat tersebut sampai bila-bila.

ARTIKEL BERKAITAN: Bandi Amuk tersingkir GV8, Syafinaz Selamat tegur masalah intonasi dan sebutan

"Saya tak umpan apa-apa, saya memang ada pasang niat kalau berada di top 3 saya akan buka topeng sebagai hadiah kepada peminat yang sudah lama menyokong saya.

Bandi 2

Peminat tidak setuju Bandi mahu buka topeng.

"GV sebuah program besar dan kalau nak buat sesuatu biarlah semua orang tahu siapa saya. Namun tak sangka pula ramai peminat marah dan minta saya jangan buka topeng.

"Sebab ini trademark saya sejak sekian lama, buat apa nak gadaikan aset saya. Tapi apabila sampai sini saja perjuangan saya, maknanya Allah pun tak izinkan.

Nak saya menyanyi dengan stail berbeza rasanya sedikit sulit.

BANDI AMUK

PENYANYI

"Jadi, niat untuk buka topeng itu terkubur. Saya akan kekalkan imej bertopeng ini sampai bila-bila," kata Bandi kepada mStar.

Bandi yang menyampaikan lagu I Want To Break Free tersingkir pada minggu ketujuh konsert GV8 yang berlangsung di PICC, Putrajaya, malam Ahad.

Sebelum ini, Bandi pernah menyuarakan hasratnya untuk membuka topeng sekiranya berjaya melayakkan diri ke top 3 GV8.

Bandi 1

Bandi tetap dengan pendirian tidak akan ubah konsep muziknya.

Dalam pada itu, Bandi menegaskan dia sukar untuk menukar konsep muziknya kerana ia merupakan perjuangan Amuk selain sudah sebati dalam dirinya.

"Apa yang saya perjuangkan bersama Amuk sejak dulu sampai sekarang terlalu besar. Kalau nak saya menyanyi dengan stail berbeza... rasanya sedikit sulit.

"Saya tak belajar daripada sesiapa dan saya berpegang dengan apa yang saya buat. Bersama Amuk, saya bangga!

"Walaupun tujuh minggu dalam GV8, sejarah bersama Amuk saya takkan korbankan. Saya tak rasa terkilan atau sedih pun apabila tersingkir," tegasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain