suria

Keluarga adik perempuan Fazley Yaakob terperangkap dalam banjir di Hulu Langat, bomba datang selamatkan naik bot

Fazley bersyukur adiknya sekeluarga sudah berjaya diselamatkan oleh bomba.

ADIK kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob iaitu Farah Dilla Yaakob bersama suami dan empat orang anak terkandas di rumah akibat banjir di Hulu Langat, Selangor sekitar 4 pagi, Ahad.

Bagaimanapun menurut Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, kesemua mereka sudah diselamatkan pihak bomba yang memberi bantuan pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sejam rumah tenggelam! Penduduk selamatkan diri atas bumbung, pilu tengok ibu masih berpantang bersama bayi terpaksa ‘turut serta’

"Setakat ini Alhamdulilah... keadaan air dalam rumah masih ada tapi sedikit demi sedikit sudah surut walaupun mengambil masa lama.

"Alhamdulillah, belah adik ipar dan keluarga dapat hubungi pihak berkuasa untuk bantuan. Adik saya, suami dia dan empat orang anak mereka sudah diselamatkan.

"Mereka menaiki bot untuk dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Mereka sekeluarga kini berada di rumah mentua adik saya di Bangsar," katanya kepada mStar.

Terdahulu, peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu memuat naik keadaan rumah adik perempuannya yang dinaiki air.

Saya ada hubungi bomba di Kajang dan mereka bertanya di mana kawasan adik saya.

FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

Penyanyi lagu Asmara Ini memohon agar pihak berkuasa segera menghantar bantuan kepada adiknya sekeluarga yang terperangkap di dalam rumah.

Dalam pada itu, Fazley meluahkan rasa syukur atas bantuan daripada pihak bomba Kajang serta orang ramai yang turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

"Bantuan yang datang tu amat dihargai. Saya ada hubungi bomba di Kajang dan mereka bertanya di mana kawasan adik saya.

Fazley 1

Bomba datang menyelamatkan adik Fazley sekeluarga.

"Perkongsian saya di IG itu juga membuatkan ramai yang turut membantu mereka yang terperangkap di sekitar kawasan itu juga.

"Ikutkan saya nak bergerak ke sana tapi dapat maklumat jalan tak boleh masuk. Saya dapat berkomunikasi dengan pihak berwajib dan rakan berada di sekitar sana," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain