suria

“Lain macam sakit dia” - Wawa Zainal selamat bersalin anak keempat

Wawa dan Aeril timang anak keempat.

PASANGAN selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selamat menimang cahaya mata keempat pada pagi Selasa.

Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 30, berkata kelahiran kali ini benar-benar mencabar dan lebih menyakitkan berbanding tiga anak yang lain.

"Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi... pukul 2 pagi menahan sakit tak sampai hati nak kejut Aeril.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sayang jangan tutup kilang dulu ya” - Wawa Zainal hamil anak keempat, Aeril Zafrel nak cukupkan 5

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen naik meluat tengok Aeril Zafrel manjakan Wawa Zainal, tunjuk mewah - “Tapi orang lain pun buat benda sama”

"Tunggu la sampai pukul 5 pagi, sampai-sampai hospital dah sembilan sentimeter (bukaan).

"Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah,. Nama belum ada, ada cadangan ke?” katanya menerusi laman Instagram.

wawa 3

Aeril bersyukur isteri selamat lahirkan anak keempat.

Dalam perkongsian itu bagaimanapun Wawa tidak menyatakan jantina bayi mereka.

Sementara itu suaminya Aeril pula mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kelahiran anaknya itu.

Assalamualaikum anakku... terima kasih semua atas doa-doanya!

AERIL ZAFREL

PELAKON

"Assalamualaikum anakku... terima kasih semua atas doa-doanya," tulisnya.

mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelahiran anak pasangan selebriti terkenal ini.

wawa 2

Wawa lahirkan anak lebih awal dari jangkaan.

Sebelum itu, Aeril memberitahu isterinya mengalami kontraksi hendak bersalin dan kelahiran itu awal seminggu daripada jangkaan.

"Pagi ini tiba-tiba bayi nak keluar (bersalin). Awal seminggu dari tarikh yang diberikan (tarikh jangkaan bersalin). Doakan semuanya selamat," katanya.

Dalam muat naiknya itu, Aeril berkongsi gambar menunjukkan Wawa terbaring di atas katil hospital dalam keadaan seperti sedang menahan kesakitan.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain