suria

Bagai langit dengan bumi… Iqbal mengaku belum cukup kaya, kalah dengan Siti Nurhaliza

Iqbal akui dirinya belum cukup kaya seperti penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

TIDAK wajar dijadikan perbandingan... itu pendapat usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli apabila sikapnya yang dikatakan menunjuk-nunjuk kekayaan jauh beza dengan sikap penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ia susulan foto tular memperlihatkan penyanyi Aku Bidadari Syurga itu mengayakan jam jenama terkenal yang dianggarkan mencecah harga RM1 juta dan bersikap merendah diri walaupun sudah bergelar jutawan.

Menyedari komen pedas yang ditinggalkan netizen di media sosial itu, Iqbal, 27, mengaku penyanyi terkenal itu jauh lebih berjaya daripada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: TokTi pakai jam jutaan ringgit, netizen pula bandingkan sikap Iqbal - “Ini kita panggil orang kaya ada standard, tak mengelupur baling duit”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bekas PA Vida tak riyak tayang beli jam tangan RM550,000 - “Saya nak didik orang beli tunai, elak hutang”

"Yang pijak duit tu bukan setengah orang tetapi saya seorang sahaja, tak boleh bandingkan saya dengan Datuk Seri Siti, jauh langit dengan bumi, beliau sangat berjaya.

"Saya tak kaya pun belum mampu lagi beli jam yang harga berjuta... sikap (kami) pun jauh berbeza.

iqbal 2

Netizen bandingkan sikap Siti Nurhaliza dengan Iqbal.

"Doakan saya lebih baik ya, kalau tiada netizen yang mengecam, mungkin saya tidak akan belajar sesuatu," katanya menjawab komen netizen yang mengungkit semula aksi memijak duit dalam rakaman video yang tular baru-baru ini.

Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak semua perkara saya lakukan itu betul!

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

Pada Ahad lalu, penampilan Siti Nurhaliza di malam pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) mencuri perhatian netizen kerana menggayakan jam tangan mewah berjenama Richard Mille bertatahkan berlian.

Rata-rata netizen memuji Siti Nurhaliza yang sentiasa merendah diri biarpun bergelar jutawan, namun dalam masa sama mengaitkan perkara itu dengan sikap Iqbal yang dikatakan sering menunjuk-nunjuk.

iqbal 4

Video Iqbal memijak duit palsu pernah menjadi tular di media sosial.

Enggan membiarkan dirinya terus menjadi mangsa cemuhan netizen, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ini memohon maaf atas kelakuannya sebelum ini.

"Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf (silap), harus terima segala ini dengan hati terbuka.

"Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak semua perkara saya lakukan itu betul. Doakan saya jadi lebih baik. Saya betul-betul minta maaf atas segala yang tidak menyenangkan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain