suria

Penyanyi lagu ‘Kucu Kuca’ Lia Aziz sambung belajar, kejar cita-cita nak jadi guru muzik - “Struggle sikit tapi buat benda kita suka”

Lia sambung pengajian dalam bidang muzik di Aswara.

IMPIAN penyanyi baharu Lia Aziz untuk bergelar seorang guru muzik hampir tercapai apabila dia kini menyambung pengajian diploma dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak September lalu.

Menurut Lia atau nama sebenar Noralia Farzana Abd Aziz, 18, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang muzik dan akhirnya ia berjaya direalisasikan.

"Alhamdulillah saya kini sedang meneruskan pengajian di Aswara, memang dari umur lapan tahun lagi saya minat muzik dan mula ikuti kelas piano... sampai sekarang ni dah besar pun saya masih mempunyai minat sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut salah cakap... penyanyi baharu Lia Aziz fikir dulu sebelum kongsi di media sosial - “Komen dalam hati saja, jadi artis kena lebih berjaga-jaga”

ARTIKEL BERKAITAN: Lia Aziz tak selesa orang ‘busybody’ tanya keputusan SPM - “Mungkin jangkaan orang tinggi”

"Asalnya mula-mula dulu bercita-cita nak jadi cikgu tapi bila dah masuk dalam bidang muzik dan jadi penyanyi barulah saya sedar inilah jiwa saya sebenar.

"Jadi saya teruskan hasrat sambung belajar bidang sama dan InsyaAllah satu hari nanti saya boleh jadi cikgu muzik... mungkin masa tu menyanyi itu hanyalah sebagai kerjaya sampingan sahaja," katanya kepada mStar.

Sekarang ini dah sebulan saya belajar secara online, jadual memang agak padat dari pagi sampai ke petang.

LIA AZIZ

PENYANYI

Baru sahaja memulakan semester pertama, penyanyi lagu Kucu Kuca ini mengakui berdepan cabaran untuk membiasakan diri dengan persekitaran kampus dan perlu membahagikan masa antara kerjaya serta pembelajaran.

Namun baginya itu bukanlah penghalang untuk dia terus fokus dengan kedua-duanya kerana sebelum ini beberapa penyanyi lain juga membuktikan mampu berjaya dalam bidang yang diceburi.

lia aziz 2

Lia Aziz seronok sambung belajar di Aswara.

"Disebabkan saya buat benda saya minat, jadi kita happy sahaja. Selepas ini mungkin saya agak sibuk dengan kerja dan pelajaran, jadi masa itu akan struggle sikit tapi tak apa sebab buat benda kita suka.

"Sekarang ini dah sebulan saya belajar secara online, jadual memang agak padat dari pagi sampai ke petang, iyalah masih tahun baharu jadi kena biasakan diri lagi.

"InsyaAllah selepas ini kampus akan dibuka, saya boleh kembali belajar secara bersemuka. Itu antara yang saya tak sabar dan dalam masa sama rindu untuk hiburkan peminat lagi," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain