suria

Dengar lima suara sepanjang hari, Janna Nick dedah ada sebab suka cakap kuat-kuat - “Pesakit mental ni otak mereka sangat bising”

Janna akui fikiran dan hati tidak sehaluan.

BERDEPAN masalah mental atau bipolar disorder bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani, pelakon Janna Nick yang mengalami penyakit berkenaan mendedahkan fikiran dan hatinya sentiasa tidak sehaluan.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, berkata, sikap riang dan gembira yang ditunjukkan bukanlah gambaran tetap tentang sikap sebenarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick kena ‘boo’, bengang diejek sakit mental... kecil hati komen melampau - “Jadi netizen semua benda boleh cakap!”

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju terselak nampak dada, Janna Nick ‘pejam mata’ baca komen nakal netizen - “Saya bukan jenis kalau upload akan delete”

"Ketahuilah pesakit mental ni otak mereka 'sangat bising' sebab itu saya bercakap kuat. Kadang-kadang bukan sebab saya happy go lucky atau lantang.

“Tapi hati dan otak tak sehaluan. Hati rasa lain, otak cakap lain,” ujarnya.

JANNAAA

Perkongsian Janna Nick di Instastory miliknya.

Selain perlu sentiasa bersikap positif, dia masih bergantung kepada pengambilan ubat untuk memastikan keadaannya dalam keadaan tenang dan baik.

Bercerita lanjut Janna berkata, dia berhadapan situasi sering mendengar suara dan bisikan yang menganggu ketenangannya.

"Bayangkan duduk sendirian di tengah keramaian, pesakit mental kena berlawan dengan suara-suara dalam kepala sendiri.

Setiap hari balik shooting saya jadi lesu, otak saya penat.

JANNA NICK

PELAKON

"Bukan satu suara tapi empat hingga lima suara sepanjang hari. Hanya tidur menjadi waktu yang paling sunyi dan paling tenang sebab tu kadang-kadang ubat-ubatan sangat membantu,” ujarnya lagi.

Pada 22 April lalu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

JANN5

Janna masih bergantung dengan pengambilan ubat untuk memastikan kesihatan mentalnya baik.

Sementara itu, Janna mendedahkan penyakitnya menjadi semakin teruk dan mempengaruhi kesihatannya ketika melakonkan watak seorang pesakit mental dalam drama bersiri Misteri Mona.

"This character triggered my bipolar, ia menjadi bertambah teruk apabila saya melakonkan watak Mona.

"Setiap hari balik shooting saya jadi lesu, otak saya penat. Saya tak nak jumpa orang dan tak nak bersiap.

"Tiada secalit makeup dan rambut pun macam mana bangun tidur macam tu la saya pergi set," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain