suria

Imbau zaman kegemilangan bersama Senario, Yassin Yahya akui tak pernah jalani hidup mewah

Yassin bangga jadi ahli Senario.

PERNAH mengecapi populariti luar biasa bersama kumpulan Senario, pelawak Yassin Yahya mengakui berasa bangga setiap kali mengenang cembalo memori itu.

Bagi Yassin, 43, perjalanannya bersama kumpulan itu satu kenangan paling manis dalam hidupnya apatah lagi dia adalah ahli terakhir yang diterima dalam kumpulan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yassin Senario cerita punca dicekup polis, terpaksa tidur lokap sebab tolong orang

"Waktu muda kita belajar dan sampai sekarang pun saya masih belajar. Tak ada istilah rugi, bagi saya untung saja. Bukan senang nak jadi anggota Senario waktu itu.

Yassin bangga dapat menjadi ahli kumpulan Senario.Yassin percaya pada rezeki.

"Pernah juga terfikir, kenapa aku ya? Sedangkan ramai lagi pelawak lain tapi mungkin formula yang saya gunakan atau buat dan ikut saja apa mereka suruh maka lawak itu menjadi.

"Saya tak pernah tanya soal gaji dan anggap apa saja rezeki yang datang waktu itu adalah dari Allah SWT. Bukan setakat buat lawak-lawak saja, tapi saya anggap semua itu satu kerja,” katanya.

Pelawak berusia 43 tahun itu ditemui ketika sidang media pelancaran Kafe Sudirman di Hotel EDC, Chow Kit, di ibu kota baru-baru ini.

Bukan setakat buat lawak-lawak saja, tapi saya anggap semua itu satu kerja.

YASSIN

PELAWAK

Selain Yassin, Senario turut dianggotai oleh Azlee, Lan Pet Pet, Wahid, dan Saiful Apek.

Dalam pada itu, Yassin turut mendedahkan dia dan anggota lain tidak pernah menjalani kehidupan mewah ketika mereka meraih populariti.

"Dari dulu, saya dan anggota Senario yang lain menjalani kehidupan yang biasa, macam orang lain juga. Tak bermewah-mewah.

Yassin 1

Anggota asal Senario, Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Saiful Apek dan Yassin.

"Dulu pun kami bekerja, bukan memiliki semua keuntungan kumpulan Senario kerana ketika itu kami mengikat kontrak dengan syarikat pengurusan Ambang Klasik.

"Sekarang sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2017, Senario kini sudah berdiri di atas kaki sendiri.

"Jadi sebarang projek berkaitan memang kami sendiri yang uruskan termasuk dalam memberi buah fikiran dan sebagainya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain