suria

Elyana terharu terima kunjungan Ebit Lew, dapat semangat baharu untuk lawan kanser - “Dengan doa dia hilang rasa sakit saya”

Elyana terharu dengan kunjungan Ebit ke rumahnya.

KUNJUNGAN pendakwah terkenal Ebit Lew ke rumah Elyana pada malam Rabu memberi kegembiraan buat penyanyi tersebut.

Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu berkata, dia sangat terharu apabila Ebit sendiri meluahkan hasrat untuk menziarahinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan tahan sakit, Elyana tak mahu terlepas rai ‘birthday’ anak... bimbang ibu bapa positif Covid-19 susah hati - “Saya ingat akan sembuh, tapi semakin sakit”

"Petang semalam saya dapat panggilan daripada pihak ustaz Ebit yang mengatakan dia nak sangat datang menziarahi saya. Ustaz sendiri sebut nama Elyana.

Elyana 1

Elyana kongsi momen kunjungan Ebit di rumahnya.

"Bila dapat tahu, memang sangat berbesar hati. Saya pula baharu saja selesai buat kimoterapi beberapa hari lalu. Badan masih tak kuat lagi.

"Tapi bila dengar ustaz nak datang, tiba-tiba rasa satu semangat baharu masuk. Ustaz datang lepas waktu Maghrib siap bawa banyak buah tangan.

"Dengan doa dia, hilang rasa sakit saya. Bila sakit, jiwa gembira... Insya-Allah mental dan fizikal jadi kuat," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Elyana berkongsi foto dan video Ebit menziarahinya di rumah menerusi laman Instagram miliknya.

Bila sakit, jiwa gembira... Insya-Allah mental dan fizikal jadi kuat.

ELYANA

PENYANYI

Menerusi perkongsian tersebut, Elyana meluahkan rasa syukur dengan kunjungan yang dianggap satu rezeki buatnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini memberitahu pihak Ebit turut memberikan sedikit sumbangan kepadanya.

"Sebenarnya saya berterima kasih sangat dengan ustaz datang memberi doa, buah tangan dan tak disangka juga pihaknya turut memberi sedikit sumbangan," ujarnya.

Elyana 2

Ebit berkongsi ilmu dengan Elyana dan suaminya.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Elyana berkata dia kini sedang dalam proses untuk pulih daripada kesan rawatan kimoterapi.

"Buat masa sekarang, saya tengah 'enjoy' rasa kesan kimoterapi... macam biasa la, badan rasa panas, pening dan rasa mual.

"Tapi Alhamdulillah saya okay. Mungkin salah satu sebab doa daripada orang sekeliling sama ada yang kenal mahupun tidak. Tidak putus orang berdoa.

"Minggu hadapan saya akan sambung rawatan kimoterapi dan saya harap dapat pulih cepat daripada kesan sekarang sebelum mula rawatan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain