suria

Wani Kayrie bukan ‘show off’ CGPA, sekadar buktikan tak lupa pelajaran - “Kalau nak kata riyak, tunggu keputusan 4 flat”

Wani berkata perkongsian keputusan peperiksaan yang baik bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

KESIBUKAN membina nama dalam bidang lakonan dan nyanyian tidak sesekali menenggelamkan hasrat penyanyi Wani Kayrie untuk berjaya dalam pelajaran.

Ini terbukti selepas penyanyi itu berkongsi keputusan peperiksaannya di Instagram.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21, berkata, sehingga kini dia masih memberi keutamaan kepada pelajaran walaupun sibuk dengan kerjaya seninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie syukur pendapatan tidak terjejas... kini aktif jadi ‘host’ Didik TV

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup komen ketika drama Dayang Senandung ditayang, Wani Kayrie elak netizen kembali berbalah isu ‘black face’

"Pertama sekali bukan mahu menunjuk-nunjuk atau riyak dengan keputusan saya. Kalau nak kata riyak tunggu keputusan saya 4 flat. Cuma apa yang nak diberitahu, saya masih bergelar seorang pelajar walaupun sibuk dengan kerja.

198894855_4639911442703901_1520379710436460028_n

Wani kini berada di Perlis untuk menjalani penggambaran drama bersiri terbaharu bersama Zeel Production.

"Apabila saya dilihat terlalu sibuk dengan kerjaya seni, ramai bertanya bagaimana dengan pelajaran. Ada juga yang pertikaikan sebab saya adalah pemegang biasiswa universiti.

"Jadi di sini saya mahu beritahu bagaimana saya berikan komitmen dalam pelajaran walau sesibuk mana sekalipun," katanya kepada mStar.

Wani sebelum ini menerusi Instagram memuat naik dua keputusan peperiksaannya dan menjelaskan kepayahan untuk mengekalkan prestasi yang baik dalam pelajaran.

Apa yang nak diberitahu, saya masih bergelar seorang pelajar walaupun sibuk dengan kerja.

WANI KAYRIE

PENYANYI & PELAKON

"Saya mahu berkongsi kepayahan yang dilalui sebab yelah... saya banyak post pasal kerja sahaja.

"Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk kerja sambil belajar. Walaupun hanya dua subjek untuk semester lepas, tapi saya bangga dengan diri sendiri," katanya.

Mengulas lanjut Wani berkata, bergelar penghibur dan pelajar dalam satu masa bukanlah sesuatu yang mudah, malah dia akui bekerja keras untuk memastikan kedua-dua bidang itu berjalan dengan sebaiknya.

"Memang saya sendiri yang memilih untuk ambil risiko ini sebab kalau ikutkan sejak di bangku sekolah sudah sibuk menyanyi cuma di peringkat universiti ini, lebih mencabar.

"Mereka yang selalu ada dengan seperti keluarga dan kawan-kawan rapat tahu kepayahan saya selama ini sebab pendidikan paling penting buat saya dan karier seni pula adalah minat saya.

"Lagi pun apabila buat dua perkara ini saya rasa ia membantu sangat untuk menjadikan saya sebagai seorang yang lebih berdisiplin dalam menguruskan masa," katanya.

Wani yang popular dengan lagu Jangan-Jangan ini sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) universiti swasta di Shah Alam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain