suria

Tutup komen ketika drama Dayang Senandung ditayang, Wani Kayrie elak netizen kembali berbalah isu ‘black face’

Wani Kayrie melakonkan watak Dayang Senandung.

PERNAH dikecam kerana isu mempermainkan warna kulit, pelakon dan penyanyi Wani Kayrie mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagramnya ketika drama Dayang Senandung disiarkan Ahad lalu.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21, berkata dia terpaksa mengambil keputusan tersebut bagi mengelakkan sebarang pergaduhan di media sosialnya dan mengembalikan isu yang pernah viral itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara ‘Dayang Senandung’ main TikTok, Wani Kayrie dituduh tak sensitif isu Black Lives Matter - “Saya mohon maaf!”

"Saya ada promote drama ini di laman Instagram pada Selasa dan banyak juga dapat feedback positif daripada penonton.

"Tapi dalam ramai-ramai itu pasti ada juga beberapa komen negatif yang kembali mengaitkan isu Blackface sehingga menyebabkan saya terpaksa ambil keputusan untuk off komen.

"Saya buat macam itu supaya tidak ada sebarang pergaduhan yang terjadi di antara netizen, saya rasa langkah itu yang paling baik, " katanya ketika dihubungi mStar.

wani kayriee1

Wani melakonkan watak wanita yang terkena sumpahan.

Tahun lalu, Wani dikecam apabila dituduh tidak sensitif dengan isu warna kulit terutamanya ketika kempen dunia Black Life Matter melibatkan kaum kulit hitam.

Menerusi drama bersiri terbitan Zeel Production itu, Wani tampil melakonkan watak gadis terkena sumpahan sehingga menyebabkan wajahnya bertukar hitam.

Wani berkata, dia tertarik untuk mengambil tawaran tersebut kerana jalan cerita drama berkenaan yang mengandungi banyak nilai positif.

Saya buat macam itu supaya tidak ada sebarang pergaduhan yang terjadi di antara netizen.

WANI KAYRIE

PENYANYI, PELAKON

"Saya ambil tawaran drama ini kerana memang jalan cerita dia banyak terkandung nilai-nilai positif.

"Cerita Dayang Senandung yang ini telah dimodenkan dan memang banyak ada dua versi yang direkodkan oleh pihak penerbitan iaitu di akhirnya dia jadi hitam atau putih.

"Kami para pelakon pun tak tahu apa kesudahannya dan akan tunggu juga kejutan sama seperti penonton semua nanti, " katanya.

wany

Wani terima tawaran kerana jalan cerita Dayang Senandung yang penuh dengan nilai positif dan pengajaran.

Sementara itu, Wani meluahkan rasa sedih apabila amenyedari terdapat dalam kalangan rakannya yang turut menulis kata-kata kecaman ketika isu itu sedang hangat diperkatakan.

"Masa isu ini viral tahun lalu, saya akui sedikit sedih sebab ada kawan baik saya yang turut sama bash saya di media sosial.

"Kalau dia kawan saya, sepatutnya dia cakap depan-depan saya pasal perkara itu, tapi tak sangka dia pun ibarat tikam belakang saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia dah pun minta maaf... saya maafkan dia, tidak berdendam tapi memang susah nak lupakan apa yang dia dah buat pada saya, " ujarnya lagi.

Dayang Senandung ditayangkan pada setiap Isnin hingga Ahad, pukul 12 tengah malam di saluran TV Okey.

Selain Wani, drama arahan Chad Abdul Rahman ini turut dibintangi Rozita Che Wan, Scha Elinnea, Shah Iskandar, Syura, Hun Haqeem, Fathia Latiff dan Delimawati.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita bingung kereta kemik angkara labu