suria

[VIDEO] Shuib akhirnya dedah wajah Ayash Affan - “MasyaAllah... sempurna”

Shuib tunjuk wajah anak bongsu, Ayash Affan.

SEPERTI yang ditunggu-tunggu ramai, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

"Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya," tulis Shuib pada ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sebulan menanti, Shuib akhirnya dapat peluk cium Ayash Affan - “Alhamdulillah... Allah hadiahkan berita gembira”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] 17 hari Siti Sarah pergi... anak-anak masih cari arwah ibu, Shuib hilang kata-kata - “Kalau tak ada jawapan... bagi air mata saja”

Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.

Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan puteranya itu.

shuib 2

Ramai tak sabar mahu melihat wajah Ayash Affan.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.

"MasyaAllah. Nampak sempurna, Ayash anda sangat kacak. Semoga apabila besar nanti menjadi anak soleh okay.

COMELNYA AYASH AFFAN!

"Kenapa air mata tak boleh berhenti ni... semoga menjadi anak soleh ya sayang!

"Lambang pengorbanan ibu... jangan lupa ibumu nak. Sedihnya tiap kali teringat arwah Siti Sarah. Al-Fatihah buatnya," komen pengikut.

shuib 3

Shuib bersama anak-anaknya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain