suria

Anak Shahrol Shiro jalani pembedahan buah pinggang, mohon doa orang ramai - “Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami hadapi ujian ini”

Anak ke dua Shahrol Shiro menjalani pembedahan hari ini.

ANAK pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi yang mengalami masalah buah pinggang menjalani pembedahan pada pagi Jumaat di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya.

Isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi berkata, Ismail yang berusia lapan bulan itu akan menjalani pembedahan dalam tempoh kira-kira empat jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi lapan bulan Shahrol Shiro bakal jalani pembedahan selamatkan buah pinggang kiri - “Dia lahir dengan satu buah pinggang”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shahrol Shiro hidap penyakit buah pinggang kronik, isteri sedar sesuatu tak kena - “Dia sering demam, air kencing tak normal”

"Alhamdulillah keadaan Ismail baik sahaja sebelum masuk bilik pembedahan kira-kira pukul 9.30 tadi. Cuma merengek sikit tadi mungkin lapar sebab kali terakhir beri dia susu pada pukul 5.30 pagi kerana dia perlu berpuasa.

Nor Farhanah memohon orang ramai mendoakan anaknya selamat menjalani pembedahan.

"Doktor maklumkan pembedahan akan berjalan selama empat jam dan selepas selesai pembedahan, Ismail akan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pantau keadaannya.

"InsyaAllah, kalau semuanya baik dia hanya sehari sahaja di ICU dan akan dipindahkan ke wad biasa," katanya kepada mStar.

Pada Khamis, Shahrol menerusi Instagram memberitahu, Ismail akan menjalani pembedahan dan mengharapkan orang ramai mendoakan kesihatan anaknya.

Selepas selesai pembedahan, Ismail akan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pantau keadaannya.

NOR FARHANAH

ISTERI SHAHROL SHIRO

"Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami menghadapi ujian ini. Sembuhkanlah anakanda kami Ismail Rifqi dan berilah kesihatan yang baik.

"Buat semua sahabat, tiada apa yang kami pohon selain doa-doa yang baik daripada kalian," tulisnya pada kapsyen tersebut.

Pada masa sama, Nor Farhanah turut memohon, orang ramai untuk mendoakan urusan pembedahan anaknya berjalan lancar.

"Tiada apa yang saya dan suami minta selain doa daripada kalian," katanya.

235557659_354236489539207_8745431725792911059_n

Shahrol dan Nor Farhannah bersama dua anak mereka iaitu Iskandar Rizqi (dua dari kiri) dan Ismail.

Pada 18 September lalu mStar melaporkan kenyataan Nor Farhannah yang memberitahu Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang.

Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.

Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Shahrol dan Nor Farhannah berkahwin pada 8 Mac 2016.

Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain