suria

Teruja dapat berlakon di slot Akasia, Shiha Zikir bimbang pandangan pelakon lain - “Mungkin ada yang suka dan sebaliknya...”

Shiha kini diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama.

SEPULUH tahun dalam industri seni, penyanyi Shiha Zikir bersyukur kerjaya dalam bidang lakonan semakin berkembang apabila diberi peluang menggalas watak utama menerusi drama Perisik Cinta Tak Diundang.

Bersyukur diberi ruang untuk terokai bidang baharu, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 33, menganggap peluang itu sebagai rezeki buat dirinya.

ARTIKELBERKAITAN: Hikmah Shiha Zikir ‘bising’ isu dilarang rakam momen cucuk vaksin... ada peminat dulu takut-takut terus terbuka hati daftar!

"Alhamdulillah, penerbit dan pengarah memberi ruang untuk saya menerokai benda baharu. Jujurnya, saya hargai setiap peluang diberikan.

"Bagaimanapun, fokus utama adalah mencari rezeki. Populariti diperlukan setiap artis, tetapi saya bukannya mengejar populariti.

Shiha kini diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama.

Shiha mahu dikenali menerusi bakatnya.

"Bagi saya, biar orang kenal atas bakat dan produk dan bukannya kontroversi yang boleh membuatkan nama saya disebut-sebut," katanya kepada mStar.

Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu, Perisik Cinta Tak Diundang secara virtual baru-baru ini.

Biar orang kenal atas bakat dan produk dan bukannya kontroversi.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Drama arahan Azmi Hatta itu turut dibintangi oleh Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Bella Astillah, Wany Kayrie, Esma Daniel dan Fazlina Ahmad Daud.

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEWO ini turut teruja apabila impiannya untuk muncul menerusi slot Akasia tercapai.

Bimbang dengan pandangan pelakon lain, Shiha akui dia sendiri tidak menjangkakan dirinya akan terlibat dalam dunia lakonan.

"Akhirnya impian saya nak muncul menerusi slot Akasia tercapai. Pada masa sama, saya gementar memikirkan apa pandangan pelakon lain, saya bukannya seorang pelakon.

Hafidz 2

Shiha pertama kali bergandingan dengan Andi dan Hafidz.

"Mungkin ada yang suka dan sebaliknya, namun semua pelakon yang terlibat dalam drama itu banyak membantu saya. Dari situ, saya banyak belajar dan memperoleh pengalaman baharu.

"Jujurnya, saya tak sangka boleh berada dalam bidang lakonan sebab tak terfikir nak jadi pelakon. Insya-Allah, saya mahu banyak karakter yang lebih mencabar," ujarnya.

Drama diinspirasikan dari novel Puteri Aqish itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Viu secara eksklusif pada pukul 8 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain