suria

Setengah jam sangkut dalam lif, Lah Ahmad terperangkap di tingkat 31 - “Semua cemas… terduduk kami”

Lah Ahmad dan kru produksi terperangkap dalam lif.

PENYANYI Lah Ahmad berdepan detik mencemaskan apabila dia bersama empat orang kru produksi terperangkap dalam lif di aras 31 sebuah bangunan yang terletak di Cheras.

Berkongsi pengalaman malang itu, Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata, kejadian itu berlaku berikutan lif yang dinaiki mengalami gangguan teknikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka Voice of Men rasa ‘tak best’ dikatakan klon Lah Ahmad - “Lain kali kami elak jadi jelmaan V.E atau Ruffedge”

ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad teruja dapat bekerjasama dengan Haqiem Rusli dan Aina Abdul - “Saya memang teringin nak berduet dengan artis baharu”

"Kejadian berlaku lebih kurang jam tiga petang, ketika itu saya ada shooting untuk rancangan terbaharu.

"Kami ke tingkat atas bangunan untuk dapatkan footage di bahagian outdoor, selepas selesai kami mahu turun ke tingkat bawah.

"Bila masuk ke dalam lif, tiba-tiba lif tersangkut di tingkat 31. Masa itu kami berlima termasuk kru produksi," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Lah menerusi Instagram memuat naik sekeping foto dan video yang memaparkan situasi dia terperangkap di dalam lif.

"Bila kena dugaan hari ini, baru nak mula shooting, tiba-tiba lif sangkut tingkat 31. Terus terduduk kami," ujarnya pada kapsyen tersebut.

Kata Lah, sejurus terperangkap mereka terus mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan bangunan dan diminta untuk tunggu sehingga bantuan tiba.

"Nak kata cemas saya rasa semua dalam lif tu cemas tapi kami cuba bersembang untuk tenangkan keadaan.

"Tapi lepas 10 hingga 15 minit masing-masing dah rasa lama ada dalam lif itu. Kami diberitahu mereka juga hubungi pihak bomba.

"Alhamdulillah, selepas setengah jam, akhirnya pihak penyelenggara lif berjaya buka pintu lif. Cemas pun cemas juga, tapi bila dah selamat rasa macam kelakar pun ada," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain