suria

Izreen Azminda dapat ‘hero’ ketiga, kongsi nama anak pada hari ketujuh kelahiran - “Syukur... lahir seorang lagi putera dalam keluarga kami”

Izreen lahirkan anak ketiga pada pagi Selasa.

TAHNIAH... pelakon Izreen Azminda selamat menimang cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.06 pagi Selasa.

Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 36, melahirkan bayi lelaki seberat 2.87 kilogram itu menerusi kaedah pembedahan.

"Syukur Alhamdulillah... lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda hamil lagi, alami alahan lain macam - “Saya tak boleh bau minyak masak!”

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda kembali berlakon, harap tak dikaitkan lagi dengan kisah lama - “Semua dah move on... masing-masing sudah bahagia”

"Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby," katanya berkongsi mengenai berita gembira itu di laman Instagram.

izreen 1

Perkongsian Izreen di Instagram.

Sementara itu, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan memberitahu dia dan bayi berada dalam keadaan baik.

Menerusi temubual bersama sebuah portal berita, Izreen memaklumkan akan mengumumkan nama anak pada hari ketujuh kelahiran.

"Bersalin secara pembedahan buat kali ketiga agak sakit buat saya, namun apa yang penting saya dan anak berada dalam keadaan stabil.

izreen 2

Izreen bersama dua lagi anak lelakinya.

"Namanya saya akan beritahu selepas seminggu kelahiran, manakala wajahnya bergantung kepada keadaan mungkin selepas habis pantang," katanya.

Bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, hasil perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain