suria

Nenek meninggal dunia, Caprice terkilan tak dapat kenalkan bakal isteri

Caprice ralat tidak dapat bersama menguruskan jenazah arwah Nenek.

MASIH berada di Mesir, penyanyi rap Caprice menerima berita sedih berhubung pemergian nenek tersayang pada pagi Selasa.

Tanpa berkongsi maklumat terpeinci mengenai punca kematian, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, meluahkan rasa terkilan tidak dapat menunaikan janjinya untuk membawa arwah tinggal bersama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice minta ‘standby’, foto imej seram cetus tanda tanya - “Bersedia untuk kebenaran Malaysia”

"Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek.

"Impian dan janji saya untuk menempatkannya di rumah bersama ibu bapa saya di KL tidak tercapai," tulisnya di ruangan kapsyen.

cap nene meninggal

Perkongsian Caprice di Instagram miliknya.

Selain itu, Caprice, berkata, dia juga gagal mengotakan janji untuk memperkenalkan pasangan hidupnya kepada Allahyarham.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia juga ralat tidak dapat bersama menguruskan jenazah arwah seperti yang mana dijanjikan sebelum ini.

Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah

CAPRICE

PENYANYI

"Saya juga tidak sempat menunaikan impian dan janji bahawa suatu hari saya akan membawa jodoh dengan anak-anak agar dia dapat bangga.

"Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah," tulisnya lagi.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Julai lalu bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Caprice, Nenek meninggal

Artikel Berkaitan

Artikel Lain