suria

PU Riz tegur kaki ‘kepoci’, takut jadi fitnah atau mengumpat - “Jangan mudah cakap fasal orang... tak payah la”

Riz menyeru masyarakat agar mengelak daripada bercakap tentang orang lain.

SEJAK akhir-akhir ini banyak pihak yang suka mengambil kesempatan untuk mengutarakan pendapat dan komen tentang sesuatu cerita panas demi bahan atau content di media sosial.

Pelbagai pandangan diberikan oleh individu yang tidak sepatutnya hingga ada kalanya mencetuskan masalah lain.

Menurut pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah (PU) Riz, perbuatan itu tanpa disedari boleh membawa kebinasaan kepada diri si pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa mencelah dalam IG live Ebit Lew, tak puas hati terpalit kontroversi - “Kenapa Caprice kaitkan nama saya?”

"Sejak dua menjak ni kita jumpa di media sosial orang bercakap tentang isu orang lain.

221307918_413667266767979_6383190822195003151_n

PU Riz juga aktif membantu golongan yang memerlukan ketika pandemik Covid-19.

"Saya nak ingatkan kepada diri saya dan mereka yang selalu buat content berkait dengan orang lain... hati-hati.

"Ada perkara yang kita perkatakan akan menyebabkan kebinasaan kepada diri kita sendiri," katanya menerusi perkongsian video di Instagram.

Walaupun tidak menyentuh tentang apa-apa isu secara khusus, teguran Riz atau Haris Ismail, 26, dilihat sesuai dengan situasi semasa membabitkan individu berpengaruh.

Malah nama Riz juga terkait sama dalam salah satu isu membabitkan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Jangan jadikan suasana mengumpat, berbicara tentang orang lain sebagai satu kebiasaan.

HARIS ISMAIL

PENDAKWAH BEBAS

Tambah suami kepada selebriti Neelofa ini, amalan suka bercakap tentang orang lain boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus melakukan perkara fitnah dan mengumpat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kita jangan mudah-mudah nak komen fasal orang. Kita kata oh dia ni ambil duit banyak eh, dia ni curi eh... walaupun benda itu betul, itu sudah jadi mengumpat.

"Namun apabila cakap benda yang tak betul mengenai seseorang, itu adalah fitnah.

"Jadi jangan kita terlalu mudah bercakap, berbicara tentang orang, terlalu cepat buat spekulasi dan juga apa-apa konklusi kepada manusia lain," katanya.

209791481_831429024168417_1802137428857076295_n

Selain aktiviti amal, PU Riz juga kerap berkongsi video tazkirah di platform media sosial.

Bagaimanapun kata Riz, kesannya berbeza jika sesuatu teguran terbuka itu dibuat oleh seseorang yang mempunyai ilmu mengenainya.

"Bagi mereka yang menegur perkara yang baik, kita alu-alukan dan cukuplah sekadar yang terlibat menegur... kita sokong.

"Yang kita ni, jika tidak ada sebarang ilmu tentang yang berlaku... ada baiknya diam," katanya.

Dalam pada itu Riz turut mengingatkan masyarakat agar menyayangi diri masing-masing dengan tidak berkata-kata tentang orang lain.

"Jaga diri kita baik-baik, jangan mudah cakap fasal orang... tak payah la. Fokus kepada diri kita, banyak perkara lagi nak kejar dalam hidup kita.

"Jangan jadikan suasana mengumpat, berbicara tentang orang lain sebagai satu kebiasaan.

"Perkara yang tak berkait dengan kita, nabi melarang untuk kita sibuk... dalam istilah orang metropolitan, kepoci," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah