suria

Fizz Fairuz lega ‘scammer’ tipu RM18,000 sudah didakwa

Fizz Fairuz syukur individu yang menipunya sudah dihadapkan ke mahkamah. Foto: M.Azhar Arif/The Star

SUSULAN laporan polis selepas menjadi mangsa tipu seorang individu, pelakon Datuk Fizz Fairuz lega dengan tindakan pantas pihak polis hingga membawa scammer berkenaan ke muka pengadilan.

Justeru Fizz atau nama sebenarnya, Fairuz Zainal Abidin, 42, berharap kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik licik suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz kena ‘scam’, RM18,000 lesap sekelip mata - “Dengar dia sembang fasal perniagaan, memang tak sangka scammer”

"Saya berterima kasih kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana segera bertindak membuat tangkapan, ia dapat membantu orang lain agar tiada lagi yang menjadi mangsa.

"Saya bersyukur dia dah kena tangkap dan kalau boleh saya mengharapkan dia dapat pulangkan wang saya balik... tapi kalau tiada rezeki pun tidak mengapalah.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah," katanya ketika dihubungi mStar.

FIZZ FAIRUZ

Fizz Fairuz ditipu sehingga melibatkan kerugian wang RM18,100.

Terdahulu, seorang ahli perniagaan Khairul Khuzaini Zamnsani, 26, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu Fizz membabitkan wang berjumlah RM18,100.

Tertuduh didakwa menipu Fizz sehingga mempercayai dirinya memiliki projek pembersihan bernilai RM1.81 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Saya bersyukur dia dah kena tangkap dan kalau boleh saya mengharapkan dia dapat pulangkan wang saya balik tapi kalau tiada rezeki pun tidak mengapalah.

DATUK FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Suami kepada pelakon Datin Almy Nadia itu memasukkan amaun tersebut ke dalam akuan bank milik tertuduh pada 6 Jun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan kes akan disebut semula pada 28 September ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia