suria

Elisya Sandha cedera gara-gara dihempap bola boling ketika penggambaran Ratu Ten Pin - “Bola jatuh ketika saya nak melontar”

Elisya Sandha pegang watak Norma dalam Ratu Ten Pin.

DEMI menjayakan watak seorang pemain boling profesional, pelakon Elisya Sandha mengambil inisiatif mendapatkan khidmat seorang jurulatih peribadi membantunya menjayakan karakter dalam drama bersiri Ratu Ten Pin.

Menurut Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 22, dia komited untuk membawa watak tersebut dengan baik terutama apabila bergandingan dengan bekas atlet boling kebangsaan, Syaidatul Afifah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Elisya Sandha selamat bertunang dengan anak sulung Sheila Rusly

"Saya cari inisiatif sendiri dengan belajar daripada jurulatih peribadi. Walaupun sekejap sahaja saya belajar tapi ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.

"Saya ada juga request pada coach untuk berlatih setiap hari tapi coach tidak galakkan sebab nanti jari akan berdarah dan melecet.

Tiga pelakon utama Ratu Ten Pin, Fify Azmi, Syaidatul Afifah dan Elisya Sandha.

"Lepas itu, dia adjust untuk saya berlatih selama dua jam selang sehari sehingga saya mahir dan nampak tidak kekok dengan sukan tersebut," katanya kepada mStar.

Elisya ditemui pada sesi sidang media virtual bersama barisan pelakon drama Ratu Ten Pin yang diadakan pada Selasa.

Walaupun sekejap sahaja saya belajar tapi ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.

ELISYA SANDHA

PELAKON

Menceritakan pengalamannya, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini berkata, buku lalinya tercedera ketika menjalani penggambaran untuk drama terbitan JS Pictures itu.

"Ketika berlatih dengan coach, saya dah biasakan diri dengan peralatan khas boling tapi bila start shooting saya terpaksa tukar kepada peralatan biasa kerana dalam drama ini saya bermula sebagai seorang yang baru berjinak dalam sukan ini.

Ratu Tenpin Boling Negara, Shalin Zulkifli turut buat penampilan istimewa dalam drama ini.

"Kalau berlatih saya gunakan kasut khas bila dalam set penggambaran saya kena guna kasut dan bola yang digunakan oleh orang ramai di pusat boling.

"Kasut-kasut tersebut kebanyakannya sudah kesat dan disebabkan tidak biasa, ada satu ketika sewaktu saya nak melontar, bola terjatuh dan hempap buku lali saya sampai biru jadinya namun saya bersyukur kecederaan tak terlalu serius, dua hari lepas itu dah baik," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ratu Ten Pin yang mengangkat tema sukan boling bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di saluran Astro Ria (104).

Selain Elisya dan Syaidatul, drama arahan Jinggo ini turut dibintangi Fify Azmi, Nazim Othman, Sheila Rusly, Datuk Eizlan Yusof, Aleeza Kassim, Lisdawati dan Esma Daniel.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain