suria

Tahniah! Elisya Sandha selamat bertunang dengan anak sulung Sheila Rusly

Foto Elisya dan Sheila menjadi tumpuan di laman sosial.

PELAKON Elisya Sandha selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung kepada penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada Ahad.

Sheila ketika dihubungi mStar turut meluahkan rasa syukur segala perancangan berjalan dengan lancar dan pasangan itu bakal dinikahkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha sambut ulang tahun ke-21, Fasha Sandha titip ucapan istimewa - “Tak percaya adik perempuan saya dah dewasa”

"Ya betul Elisya sudah bertunang dengan Uzair. Majlis pertunangan mereka juga berjalan dengan lancar pada petang tadi (Ahad). Alhamdulillah... Insya-allah mereka akan nikah tidak lama lagi," kata Sheila secara ringkas kepada mStar.



Jinggo membuat naik video sekaligus mengesahkan spekulasi Elisya bertunang dengan anaknya.

Sebelum ini, Sheila menerusi Instagram hanya berkongsi foto sedang memeluk seorang wanita berpakaian putih seperti pengantin dari belakang namun rata-rata netizen meneka individu tersebut adalah Elisya.

Sekeping foto adik kepada pelakon Fasha Sandha yang lengkap dengan solekan turut dimuat naik oleh seorang jurusolek bernama Ijoy menjadi perhatian netizen di laman sosial.

Dalam pada itu, menerusi Instagram suami kepada Sheila iaitu Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya turut memuat naik video memperlihatkan Elisya disamping ibunya iaitu Hatijah Teh Man dan bakal ibu mentuanya.

Sementara kelibat Uzair yang mengenakan pakaian sedondon berwarna putih pula cuma dapat dilihat dari belakang.



Elisya dan Uzair dilihat semakin rapat sejak tahun lalu.

"Teman dia macam mana papa teman mama," tulisnya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang teruja melihat mereka akan menerima kehadiran menantu sulung dalam keluarga tidak lama lagi.

Sebelum ini, Elisya pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Uzair namun dia menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan mereka hanya sekadar kawan baik sahaja.

Sekitar 2018, hubungan pelakon drama Misteri Mona itu dengan Uzair dikhabarkan sudah berakhir namun sejak tahun lalu, mereka dilihat kembali menjalinkan hubungan rapat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Benzema jadi mangsa rompakan