suria

Guna lagu unsur lucah dalam video, Uyaina Arshad akui tak fahami lirik - “Saya ingat bukan bahasa Inggeris”

Uyaina akui tidak menyedari maksud disebalik lirik lagu tersebut.

TIDAK menyedari makna disebalik lagu Touch It nyanyian Busta Rhynes, pelakon Uyaina Arshad memohon maaf kepada pengikutnya di Instagram kerana menggunakan muzik itu dalam video dikongsi sebelum ini.

Mengakui kesilapan yang tidak disengajakan itu, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad memberitahu dia pada mulanya beranggapan lagu tersebut bukan berbahasa Inggeris.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad terpaksa pakai baju berlapis-lapis, 18 pasang sarung tangan untuk jadi wanita aneh - “Bergaya seperti itu di luar, mungkin tidak!”

"Sejujurnya saya tidak sengaja menggunakan lagu tersebut untuk video saya di Instagram. Saya tak perasan lirik lagu tersebut. Apa-apa pun, saya minta maaf.



Uyaina turut berkongsi lirik tersebut di Instagram.

"Saya gunakan lagu itu sebagai muzik latar video tersebut tanpa memahami lirik. Pertama kali dengar, betul-betul ingat ini bukan bahasa Inggeris. Sebab bunyi lirik itu agak aneh," katanya kepada mStar.

Pelakon berusia 29 tahun itu turut berkongsi video lirik lagu yang berunsur lucah dengan kapsyen permohonan maaf di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Rata-rata netizen juga berterima kasih kepada pelakon drama siri Love Elsa itu kerana berkongsi perkara tersebut memandangkan masih ramai orang tidak menyedari tentang lirik tersebut.

Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi teguran cepat.

UYAINA ARSHAD

PELAKON

Lagu tersebut kerap digunakan pengguna laman sosial termasuklah selebriti dan Instafamous sebagai latar belakang video menggayakan beberapa pakaian.

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini juga mengucapkan terima kasih kepada rakan media yang menegur kesilapannya itu secara peribadi di Instagram.

Malah Uyaina berharap semua orang terutama dirinya sendiri belajar daripada kesilapan itu dan tidak lagi mengulangi perkara sama.



Uyaina belajar daripada kesilapannya.

"Nasib baik ada rakan media yang mesej secara peribadi di Instagram beritahu tentang makna disebalik lirik lagu tersebut. Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi teguran cepat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kepada pengikut saya di Instagram, saya minta maaf. Harap kita semua belajar dari benda ini terutamanya untuk diri saya sendiri," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain