suria

“Berhenti gelar saya anti vaksin!” - Selepas Lufya Omar tunjuk bukti kena cucuk, muncul pula ‘toksik’ pertikai dapat awal

Netizen kini persoalkan pula mengapa Lufya berjaya mendapatkan vaksin lebih awal.

BERANG masih dituduh sebagai anti vaksin, pelakon Lufya Omar terpaksa berkongsi tangkap layar skrin aplikasi MySejahtera yang menunjukkan dia sudah menerima suntikan dos pertama pada 17 Jun lalu.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, pada mulanya enggan mendedahkan perkara tersebut kerana bimbang perkongsian itu akan menggores hati pihak yang masih menunggu giliran untuk vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan itu boleh tapi kembali seperti biasa... memang tidak!” - Lufya Omar nasihat Fara Hanim Razak jaga imej muslimah, berhati-hati sebelum bercakap

Pelakon berusia 36 tahun ini bagaimanapun berharap dengan penjelasannya itu akan membuatkan netizen berhenti menggelar dia sebagai anti vaksin.



Lufya kongsi paparan skrin aplikasi MySejahtera.

"Ikutkan tak nak kongsi apa-apa mengenai saya dapat vaksin itu sebab saya tahu ramai lagi orang yang masih belum terima suntikan... bimbang perkongsian saya itu akan menggores hati mereka.

"Tapi saya terima banyak DM di Instagram daripada netizen yang masih menuduh saya anti vaksin disebabkan isu sebelum ini, saya terpaksa berkongsi paparan skrin aplikasi MySejahtera saya itu.

"Mungkin ada netizen yang baru baca isu itu dan terus menuduh saya. Jadi, saya perlu keluarkan kenyataan supaya orang berhenti label saya sebagai anti vaksin," kata Lufya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Ada saja yang tak kena... mungkin ini sindrom 'lockdown, orang asyik nak cari kesalahan kot.

LUFYA OMAR

PELAKON

Lufya menerusi laman Instagram miliknya turut mendedahkan dia berasa rimas apabila menerima banyak pertanyaan selepas isu seorang pengacara menuduhnya tidak percayakan vaksin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, pengacara Fara Hanim Razak menerusi laman Twitter mendakwa Lufya dan aktres Rita Rudaini sebagai anti vaksin mengundang kemarahan dua selebriti itu.

Biarpun sudah memaafkan Fara Hanim, namun Lufya mengakui isu tersebut memberi kesan kepada kehidupannya dan berharap pengacara itu belajar daripada kesilapan.



Fara Hanim sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Lufya.

Dalam pada itu, Lufya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang turut mempertikaikan dirinya mendapat suntikan vaksin awal.

"Bila saya dah kongsikan perkara itu, ada pula netizen yang persoalkan kenapa saya dapat vaksin awal pula. Ada saja yang tak kena... mungkin ini sindrom 'lockdown', orang asyik nak cari kesalahan kot.

"Dapat awal atau lambat ini, semuanya terpulang kepada rezeki sebab ia melibatkan sistem. Mereka mempertikaikan itu seperti saya pegang kerajaan pula.

"Tapi ada bagus juga saya berkongsi perkara itu di Instagram sebab ruang komen menjadi perbincangan antara netizen. Mereka bertukar pendapat dan cadangan melibatkan vaksin," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain